25 Julai 2025 | Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak kerana telah tersenarai dalam Rekod MURI, Perkumpulan Rumah Seni Asnur, Jakarta, Indonesia sebagai salah seorang penulis antarabangsa dalam Buku Puisi Etnik Nusantara. Buku puisi tersebut hasil berkumpulnya penulis-penulis dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Thailand. Beliau telah menulis sajak yang bertajuk Busana Warisan Kelantan. Sajak tersebut merupakan penulisan antarabangsa yang akan diterbitkan buat kali ke-tiga.
No comments:
Post a Comment