INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

  • ;
  • ;
SALAM MALAYSIA MADANI || SALAM PERAK SEJAHTERA 2030 || SALAM LESTARI || SALAM PENDIDIKAN BERMUTU, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA || IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : THE INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER MEI 2026 || SALAM AIDILADHA 1447H/2026M

PENGHARGAAN SEBAGAI PENSYARAH PEMBIMBING BMMB3293 DAN BMMB3253 DALAM SHOWCASE KPPB SEMESTER JANUARI-MEI 2026

28 April 2026 | Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan KPPB BMMB3293 dan BMMB3253 yang akan mewakili jabatan dalam Showcase KPPB-OPD Semester Januari-Mei 2026. Showcase tersebut akan berlangsung pada 30 April 2026 bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Pasukan tersebut di bawah bimbingan Encik Mohd Sufian bin Ismail (BMMB3293) dan Dr. Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi (BMMB3253)



Kongsi:

PROGRAM CITRA BAHASA DI SK KAMPUNG KENANG

 11 April 2026 | Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Sains Sosial dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral mengadakan Program Citra Bahasa di Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang pada 11 dan 12 April 2026. Program Citra Bahasa dirangka sebagai satu inisiatif yang menekankan kaedah bantu membaca melalui didik hibur, menggunakan kaedah yang sesuai dengan konteks murid Orang Asli. Selaras dengan pemerkasaan keterampilan berbahasa Melayu melalui pendekatan Sahabat Bahasa dan Program Semarak MBMMBI. Keperluan untuk meningkatkan tahap literasi membaca murid Orang Asli agar mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan perdana. Program ini selaras dengan Pelan Strategik Institut Pendidikan Guru Malaysia 2026-2030 dalam Teras Strategik 1: Meningkatkan Akses dan Kualiti Pendidikan P3: Program Jangkauan Pendidikan Bersama Sekolah Di Kawasan Luar Bandar/Pedalaman. Keperluan untuk memberi pengalaman pembelajaran bermakna kepada pelajar Major Bahasa Melayu direalisasikan melalui pelaksanaan aktiviti lapangan yang mengintegrasikan teori, amali dan nilai kemanusiaan. Inisiatif ini diselaraskan dengan kursus Estetika dan Kreativiti Bahasa Melayu (BMMB3262) serta Praktikum (PRKA3245).




Kongsi:

PEMENTASAN TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK DAN KONSERT SISWA BERSENI

8 April 2026 | Para pelajar PISMP Kursus BMMB3243 dan BMMB3283 akan menganjurkan Pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak dan Konsert Siswa Berseni pada 12 April 2026 jam 8.30 malam di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Pementasan ini merupakan salah satu syarat melengkapkan pentaksiran berterusan bagi kedua-dua kursus tersebut. Pementasan dan konsert tersebut di bawah bimbingan pensyarah pembimbing iaitu Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak dan Puan Wan Rohaya binti Wan Hashim. Semua dijemput hadir.


Kongsi:

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Search This Blog

Powered by Blogger.