INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

SALAM MALAYSIA MADANI || SALAM PERAK SEJAHTERA 2030 || SALAM LESTARI || SALAM PENDIDIKAN BERMUTU, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA || IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : THE INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SALAM AIDILFITRI 1447H/2026M

PROGRAM CITRA BAHASA DI SK KAMPUNG KENANG

 11 April 2026 | Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Sains Sosial dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral mengadakan Program Citra Bahasa di Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang pada 11 dan 12 April 2026. Program Citra Bahasa dirangka sebagai satu inisiatif yang menekankan kaedah bantu membaca melalui didik hibur, menggunakan kaedah yang sesuai dengan konteks murid Orang Asli. Selaras dengan pemerkasaan keterampilan berbahasa Melayu melalui pendekatan Sahabat Bahasa dan Program Semarak MBMMBI. Keperluan untuk meningkatkan tahap literasi membaca murid Orang Asli agar mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan perdana. Program ini selaras dengan Pelan Strategik Institut Pendidikan Guru Malaysia 2026-2030 dalam Teras Strategik 1: Meningkatkan Akses dan Kualiti Pendidikan P3: Program Jangkauan Pendidikan Bersama Sekolah Di Kawasan Luar Bandar/Pedalaman. Keperluan untuk memberi pengalaman pembelajaran bermakna kepada pelajar Major Bahasa Melayu direalisasikan melalui pelaksanaan aktiviti lapangan yang mengintegrasikan teori, amali dan nilai kemanusiaan. Inisiatif ini diselaraskan dengan kursus Estetika dan Kreativiti Bahasa Melayu (BMMB3262) serta Praktikum (PRKA3245).




Kongsi:

No comments:

Post a Comment

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Search This Blog

Powered by Blogger.