25 Jun 2025 | Jabatan Pengajian Melayu telah memberi bimbingan pembelajaran kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang di bawah program Sahabat Bahasa. Seramai 33 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Bahasa Melayu) telah dipilih sebagai fasilitator prgoram tersebut. Pensyarah yang mengiringi dan memantau perjalanan program tersebut ialah Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, Encik Mohd Sufian bin Ismail dan Puan Rozita binti Haji Omar. Program tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang telah memuatkan pelbagai aktiviti pembelajaran yang menarik minat murid di sekolah tersebut. Semua perbelanjaan program tersebut telah menggunakan peruntukan MBMMBI.
No comments:
Post a Comment