INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-68 || MALAYSIA MADANI : RAKYAT DISANTUNI

TAHNIAH KEPADA PUAN FADZILAH BINTI ABDUL RAHIM

13 Jun 2025 | Jabatan Pengajian Melayu merakamkan ucapan tahniah kepada Puan Fadzilah binti Abdul Rahim, Pensyarah BMMB3283 : Kesusasteraan Kanak-kanak dalam Pendidikan Bahasa Melayu kerana telah berjaya membimbing para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Ambilan Ogos 2022/2027 (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah) Unit Y4 dalam penulisan dan penerbitan novel kanak-kanak yang bertajuk Peguam Beg Sekolah. Menurut Puan Fadzilah binti Abul Rahim, Kompilasi ini dibangunkan khusus bagi memenuhi keperluan tugasan kursus Kesusasteraan Kanakkanak dalam Pendidikan Bahasa Melayu (BMMB3283). Kesemua novel dalam buku ini ditulis sendiri oleh pelajar berdasarkan kefahaman mereka terhadap ciri-ciri utama sastera kanak-kanak yang telah dipelajari sepanjang kursus. Antara elemen yang diterapkan termasuklah penggunaan bahasa yang mudah difahami, nilai-nilai murni, pengajaran yang bersesuaian dengan usia pembaca cilik, serta jalan cerita yang menarik dan imaginatif. Proses penghasilan karya ini juga memberi ruang kepada pelajar untuk meneroka kreativiti dan mengaplikasikan teori sastera kanak-kanak dalam bentuk penulisan yang sebenar. Dalam masa yang sama, pelajar didorong untuk mempertimbangkan keperluan pedagogi dalam bahan bacaan untuk kanakkanak, termasuk kesesuaian kandungan, gaya penyampaian, serta potensi penggunaannya dalam konteks bilik darjah. Tujuan utama kompilasi ini adalah untuk mendokumentasikan hasil kerja pelajar sebagai bukti pencapaian pembelajaran serta memberi inspirasi kepada bakal pendidik dalam mencipta bahan bantu mengajar yang bersifat autentik, dekat dengan dunia kanak-kanak, dan kaya dengan unsur pendidikan. Diharapkan kompilasi ini bukan sahaja menjadi rujukan kepada pensyarah dan pelajar dalam kursus ini, malah mampu menyumbang kepada khazanah sastera kanak-kanak tempatan dengan mengetengahkan bakat-bakat muda yang berpotensi dalam dunia penulisan kreatif.


 

Kongsi:

No comments:

Post a Comment

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Search This Blog

Powered by Blogger.