INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

  • ;
  • ;
SALAM MALAYSIA MADANI || SALAM PERAK SEJAHTERA 2030 || SALAM LESTARI || SALAM PENDIDIKAN BERMUTU, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA || IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : THE INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER MEI 2026 || SALAM AIDILADHA 1447H/2026M
Showing posts with label Aktiviti Jabatan. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Jabatan. Show all posts

PROGRAM KUNJUNG BANTU BAGI MODUL LATIHAN INTERVENSI BERFOKUS TERBEZA (MoLIB)

1 dan 2 Ogos 2023 | Tiga orang pensyarah IPG Kampus Ipoh iaitu Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Jabatan Pengajian Melayu), Encik Zaini bin Abdul Ghani (Jabatan Kecemerlangan Akademik) dan Dr. Noradzimah bt Abdul Majid (Jabatan Sains dan Matematik) telah berkunjung ke SK Pos Perwor dan SK Pos Legap, Lasah, Sg. Siput (U), Perak untuk Program Kunjung Bantu bagi Modul Latihan Intervensi Berfokus Terbeza (MoLIB). Turut menyertai program tersebut termasuklah wakil Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar dan IPG Kampus Tawau, Sabah. Tujuan program ini adalah untuk mengadakan sesi bimbingan dan sokongan kepada guru -guru sekolah berkenaan. Semoga program ini dapat memberi impak positif kepada murid-murid demi melahirkan insan yang mahir membaca, menulis dan mengira.




Kongsi:

PERKAMPUNGAN BUDAYA GEMILANG

 31 Mei 2023 | Seramai 11 orang guru pelatih major Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni telah mengikuti Bengkel Perkampungan Budaya Gemilang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak. Bengkel ini mendedahkan kepada para peserta asas teater dan tarian. Bengkel tersebut dilaksanakan dari 26 hingga 28 Mei 2023. Pensyarah pengiring ialah Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Jabatan Pengajian Melayu). Bengkel tersebut adalah kerjasama di antara Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh dengan UiTM Seri Iskandar. Semoga bengkel tersebut dapat memberi ilmu tambah kepada guru pelatih khususnya dalam bidang teater dan tarian.



Kongsi:

FESTIVAL BAHASA DAN SASTERA PERINGKAT NEGERI KEDAH ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DENGAN KERJASAMA IPG KAMPUS DARUL AMAN

10 dan 11 Jun 2023 | Program ini telah berlangsung di IPG Kampus Darul Aman Jitra Kedah

Kejayaan-kejayaan yang diraih :

1. Tempat ketiga dalam Pertandingan Deklamasi Sajak :
Muhammad Alif Aiman Bin Shaharudin
2. Saguhati dalam Pertandingan Deklamasi Sajak :
Muhammad Izz bin Muhammad Zainal
3. Saguhati dalam Pertandingan Sahiba :
Muhammad Danish Asfa Bin Zairol dan Sabrina Binti Abdul Hadi.
Bilangan peserta IPG Kampus Ipoh yang menyertai: 13 orang
Pihak pengurusan dan warga IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pensyarah pembimbing/pengiring (Puan Ros Anita Kartini bt Mohamed, Jabatan Pengajian Melayu) dan guru pelatih yang menyertai pertandingan di atas. Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada guru pelatih yang lain untuk menaikkan nama IPG Kampus Ipoh ke peringkat lebih tinggi lagi.





Kongsi:

HEBAHAN PERTANDINGAN FORUM MENTERI PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-13/2023

 

Sila layari pautan yang di bawah untuk maklumat lanjut.

PORTAL RASMI PERTANDINGAN FORUM

Kongsi:

01 JULAI 2021 || HEBAHAN PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 11

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dengan kerjasama kerajaan negeri Perak dan Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan "Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Peringkat Kebangsaan kali ke-11". Justeru, dijemput para pelajar universiti awam / swasta, kolej swasta dan institut untuk menyertai pertandingan ini. Sila imbas QR code untuk maklumat lanjut.
Kongsi:

08 APRIL 2021 || PENYELIDIKAN REBANA PERAK DI KAMPUNG KEPALA BENDANG, KUALA KANGSAR PERAK

Tiga orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu iaitu Encik Shamsudin bin Abu Bakar (Ketua Jabatan Pengajian Melayu), Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin dan Encik Zainal Ariff bin Mat telah membuat penyelidikan Rebana Perak di Kg Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Turut hadir Encik Mohd Zaki bin Jamaluddin (pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan dan Maklumat) serta 4 orang pegawai Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak. Satu persembahan Rebana Perak telah dilaksanakan oleh penggiatnya iaitu Encik Safri bersama kumpulannya. Semoga penyelidikan ini dapat memberi impak yang besar kepada masyarakat dan negara.
Kongsi:

08 FEBRUARI 2021 || TAKLIMAT PRAKTIKUM PELAJAR MAJOR BAHASA MELAYU UNIT T

Satu taklimat berkaitan praktikum telah diadakan kepada pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 Major Bahasa Melayu pada 8hb Februari hingga 10hb Februari 2021.Taklimat telah dianjurkan oleh Unit Praktikum dan seramai 140 orang pelajar Major Bahasa Melayu unit T telah mengikuti taklimat ini dengan jayanya. Tuan Hj Rani selaku penyelaras Praktikum Jabatan Pengajian Melayu juga telah menyampaikan taklimat berkaitan praktikum kepada pelajar Major Bahasa Melayu. Taklimat dilaksanakan menggunakan medium Microsoft Team.
Kongsi:

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

KATEGORI HEBAHAN

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Search This Blog

Powered by Blogger.