13 Jun 2025 | Jabatan Pengajian Melayu merakamkan ucapan tahniah kepada Puan Fadzilah binti Abdul Rahim, Pensyarah BMMB3283 : Kesusasteraan Kanak-kanak dalam Pendidikan Bahasa Melayu kerana telah berjaya membimbing para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP),
Ambilan Ogos 2022/2027 (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah) Unit Y3 dalam penulisan dan penerbitan novel kanak-kanak yang bertajuk Baju Kurung Anggun. Menurut Puan Fadzilah binti Abul Rahim, Kompilasi ini
dibangunkan khusus bagi memenuhi keperluan tugasan kursus Kesusasteraan Kanakkanak dalam Pendidikan Bahasa Melayu (BMMB3283). Kesemua novel dalam buku ini
ditulis sendiri oleh pelajar berdasarkan kefahaman mereka terhadap ciri-ciri utama
sastera kanak-kanak yang telah dipelajari sepanjang kursus. Antara elemen yang
diterapkan termasuklah penggunaan bahasa yang mudah difahami, nilai-nilai murni,
pengajaran yang bersesuaian dengan usia pembaca cilik, serta jalan cerita yang
menarik dan imaginatif. Proses penghasilan karya ini juga memberi ruang kepada
pelajar untuk meneroka kreativiti dan mengaplikasikan teori sastera kanak-kanak
dalam bentuk penulisan yang sebenar. Dalam masa yang sama, pelajar didorong
untuk mempertimbangkan keperluan pedagogi dalam bahan bacaan untuk kanakkanak, termasuk kesesuaian kandungan, gaya penyampaian, serta potensi
penggunaannya dalam konteks bilik darjah. Tujuan utama kompilasi ini adalah untuk
mendokumentasikan hasil kerja pelajar sebagai bukti pencapaian pembelajaran serta
memberi inspirasi kepada bakal pendidik dalam mencipta bahan bantu mengajar
yang bersifat autentik, dekat dengan dunia kanak-kanak, dan kaya dengan unsur
pendidikan. Diharapkan kompilasi ini bukan sahaja menjadi rujukan kepada pensyarah
dan pelajar dalam kursus ini, malah mampu menyumbang kepada khazanah sastera
kanak-kanak tempatan dengan mengetengahkan bakat-bakat muda yang berpotensi
dalam dunia penulisan kreatif.
No comments:
Post a Comment