INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-68 || MALAYSIA MADANI : RAKYAT DISANTUNI

PROGRAM INTEGRASI PENYELIDIKAN DALAM AKTIVITI DIDIK HIBUR DAN SENI BAHASA

30 Julai 2025 | Jabatan Pengajian Melayu, telah menganjurkan Program Intergasi Penyelidikan dalam Aktiviti Didik Hibur dan Seni Bahasa pada 30-31 Julai 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pos Piah, Sungai Siput Utara. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu murid SK Pos Piah untuk memperoleh minat dalam mempelajari bahasa Melayu. Aspek didik hibur dan seni bahasa diterapkan dalam pelaksanaan program bagi menarik motivasi dan tumpuan murid dalam mengikuti pengajaran bahasa Melayu. Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada siswa guru IPGM Kampus Ipoh untuk menjalankan kajian berkaitan didik hibur dan seni bahasa dalam pendidikan sebenar di bilik darjah. Selain itu, program ini turut digunakan untuk perkongsian amalan penyelidikan daripada pensyarah IPGM Kampus Ipoh kepada warga pendidik di SK Pos Piah. Seramai sembilan orang pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi dan Jabatan Sains Sosial terlibat dalam program tersebut. 13 orang siswa guru juga turut terlibat sebagai fasilitator.








Kongsi:

No comments:

Post a Comment

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

ARKIB

Search This Blog

Powered by Blogger.