8 Julai 2025 | Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah kepada Encik Mohamad Akheruddin bin Yahaya dan Puan Nor Anis Izzati binti Muhamad Sahlan kerana telah terlibat secara langsung dalam pembentangan Showcase KPPB-DLO Semester Januari-Mei 2025 di Dewan Seri Melati, IPGM Kampus Ipoh. Puan Nor Anis Izzati binti Muhamad Sahlan melibatkan diri dalam showcase KPPB bersama dengan pasukan pelajar PISMP Bahasa Melayu Unit A bagi kursus BMMB3223 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu dan Encik Mohamad Akheruddin bin Yahaya pula melibatkan diri dalam showcase DLO bagi kursus BMMB1094 Kemahiran Bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment