8 Julai 2025 | Program pemulihan Bahasa Melayu anjuran Jabatan Pengajian Melayu telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Perpaduan, Hulu Kinta, Perak. Program tersebut bertujuan untuk membantu murid-murid dalam penguasaan kemahiran membaca agar dapat menguasai kemahiran membaca. Seramai 19 orang murid sekolah tersebut terlibat dalam program itu dan dibantu dengan 15 orang pelajar PISMP Bahasa Melayu. Program tersebut juga telah diselia oleh Cik Nor Azimah binti Arifin, pensyarah akademik jabatan.
No comments:
Post a Comment