IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SALAM AIDILADHA 1446H/2025M

PAMERAN PRODUK ANJURAN PARA PELAJAR BMMB1144 : KESANTUNAN BERBAHASA

 10 Julai 2025 | Tahniah diucapkan kepada para siswa guru Unit B Major Bahasa Melayu atas penganjuran Majlis Pelancaran Produk Kesantunan Berbahasa yang berlangsung dengan penuh semangat dan nilai murni. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, dan melibatkan 123 orang siswa yang mempersembahkan enam buah reruai bertemakan kesantunan berbahasa sebagai syarat lulus dalam kursus BMMB1144. Persembahan istimewa bertajuk “Bayang yang Hilang, Tanggungjawab yang Tinggal” turut menyentuh hati para hadirin dengan mesej kesantunan yang disampaikan melalui lakonan mantap para siswa. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pensyarah, staf sokongan, dan para tetamu yang hadir serta menyokong program ini. Semoga usaha murni ini menjadi platform berterusan dalam membudayakan nilai kesantunan berbahasa dalam kalangan warga IPGMKI. 










Kongsi:

No comments:

Post a Comment

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Search This Blog

Powered by Blogger.