PROGRAM INTEGRASI PENYELIDIKAN DALAM AKTIVITI DIDIK HIBUR DAN SENI BAHASA
TAHNIAH KEPADA ENCIK MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK
29 Julai 2025 | Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak kerana telah dilantik sebagai Panel Penilai Maklum Balas Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dan Objek Pembelajaran Digital (OPD) Peringkat IPGM Tahun 2025. Showcase tersebut telah dikelolakan oleh IPG Kampus Batu Lintang.
TAHNIAH KEPADA PUAN ANIS IZZATI BINTI MUHAMAD SAHLAN DAN PASUKAN KPPB BMMB3223
23 Julai 2025 | Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah kepada Puan Nor Anis Izzati binti Muhamad Sahlan dan Pasukan KPPB BMMB3223 kerana telah berjaya ke Showcase KPPB-DLO Semester Januari-Mei 2025 Peringkat Kluster IPGM yang akan berlangsung pada 30 Julai 2025 secara atas talian.
TAHNIAH KEPADA ENCIK MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK
25 Julai 2025 | Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak kerana telah tersenarai dalam Rekod MURI, Perkumpulan Rumah Seni Asnur, Jakarta, Indonesia sebagai salah seorang penulis antarabangsa dalam Buku Puisi Etnik Nusantara. Buku puisi tersebut hasil berkumpulnya penulis-penulis dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Thailand. Beliau telah menulis sajak yang bertajuk Busana Warisan Kelantan. Sajak tersebut merupakan penulisan antarabangsa yang akan diterbitkan buat kali ke-tiga.
INSIATIF GPMS DAN IPGKI : PROGRAM PEMULIHAN BAHASA MELAYU DI SMK ULU KINTA
TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-68/2025
KARNIVAL CASHLESS DAN KEPENGGUNAAN IPG KAMPUS IPOH TAHUN 2025
19 Julai 2025 | Warga Jabatan Pengajian Melayu telah turut serta dalam Karnival Cashless dan Kepenggunaan yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Ipoh. Program tersebut telah diadakan selama dua hari iaitu 18 dan 19 Julai 2025 bertempat di Padang Hoki IPG Kampus Ipoh. Terdapat pelbagai program telah dijalankan sepanjang dua hari karnival tersebut berlangsung. Karnival tersebut mendapat kunjungan ramai daripada komuniti setempat dan warga IPG Kampus Ipoh.
INISIATIF GPMS DAN IPGKI : PROGRAM PROPULIH DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ULU KINTA
17 Julai 2025 | Program Propulih anjuran Jabatan Pengajian Melayu telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta, Hulu Kinta, Perak. Program tersebut bertujuan untuk membantu murid-murid dalam penguasaan kemahiran membaca agar dapat menguasai kemahiran membaca. Program tersebut telah dikendalikan oleh para siswa guru pengkhususan Bahasa Melayu IPG Kampus Ipoh.
PAMERAN PRODUK ANJURAN PARA PELAJAR BMMB1144 : KESANTUNAN BERBAHASA
10 Julai 2025 | Tahniah diucapkan kepada para siswa guru Unit B Major Bahasa Melayu atas penganjuran Majlis Pelancaran Produk Kesantunan Berbahasa yang berlangsung dengan penuh semangat dan nilai murni. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, dan melibatkan 123 orang siswa yang mempersembahkan enam buah reruai bertemakan kesantunan berbahasa sebagai syarat lulus dalam kursus BMMB1144. Persembahan istimewa bertajuk “Bayang yang Hilang, Tanggungjawab yang Tinggal” turut menyentuh hati para hadirin dengan mesej kesantunan yang disampaikan melalui lakonan mantap para siswa. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pensyarah, staf sokongan, dan para tetamu yang hadir serta menyokong program ini. Semoga usaha murni ini menjadi platform berterusan dalam membudayakan nilai kesantunan berbahasa dalam kalangan warga IPGMKI.
INISIATIF GPMS DAN IPGKI : PROGRAM PEMULIHAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PERPADUAN
10 Julai 2025 | Program pemulihan Bahasa Melayu anjuran Jabatan Pengajian Melayu telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Perpaduan, Hulu Kinta, Perak. Program tersebut bertujuan untuk membantu murid-murid dalam penguasaan kemahiran membaca agar dapat menguasai kemahiran membaca. Program tersebut juga telah diselia oleh Puan Fadzilah binti Abdul Rahim, pensyarah akademik jabatan.
INISIATIF GPMS DAN IPGKI : PROGRAM PEMULIHAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PERPADUAN
8 Julai 2025 | Program pemulihan Bahasa Melayu anjuran Jabatan Pengajian Melayu telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Perpaduan, Hulu Kinta, Perak. Program tersebut bertujuan untuk membantu murid-murid dalam penguasaan kemahiran membaca agar dapat menguasai kemahiran membaca. Seramai 19 orang murid sekolah tersebut terlibat dalam program itu dan dibantu dengan 15 orang pelajar PISMP Bahasa Melayu. Program tersebut juga telah diselia oleh Cik Nor Azimah binti Arifin, pensyarah akademik jabatan.
TAHNIAH KEPADA PASUKAN PELAJAR PISMP BAHASA MELAYU DALAM SHOWCASE KPPB-DLO SEMESTER JANUARI-MEI 2025
TAHNIAH KEPADA ENCIK MOHAMAD AKHERUDDIN BIN YAHAYA DAN PUAN NOR ANIS IZZATI BINTI MUHAMAD SAHLAN
8 Julai 2025 | Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah kepada Encik Mohamad Akheruddin bin Yahaya dan Puan Nor Anis Izzati binti Muhamad Sahlan kerana telah terlibat secara langsung dalam pembentangan Showcase KPPB-DLO Semester Januari-Mei 2025 di Dewan Seri Melati, IPGM Kampus Ipoh. Puan Nor Anis Izzati binti Muhamad Sahlan melibatkan diri dalam showcase KPPB bersama dengan pasukan pelajar PISMP Bahasa Melayu Unit A bagi kursus BMMB3223 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu dan Encik Mohamad Akheruddin bin Yahaya pula melibatkan diri dalam showcase DLO bagi kursus BMMB1094 Kemahiran Bahasa Melayu.
TAHNIAH KEPADA PUAN NOR ANIS IZZATI BINTI MUHAMMAD SAHLAN
7 Julai 2025 | Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah kepada Puan Nor Anis Izzati binti Muhammad Sahlan kerana telah dilantik sebagai panel penilai Karnival STEM Peringkat Negeri Perak Tahun 2025 bagi pertandingan game code anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Karnival tersebut telah diadakan pada 2 hingga 3 Julai 2025 yang bertempat di AEON Klebang, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
TAHNIAH KEPADA DR. NOR ANITA BINTI MAT ISA
4 Julai 2025 | Ketua jabatan dan warga Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan ucapan tahniah kepada Dr. Nor Anita binti Mat Isa kerana telah merangkul Anugerah Pensyarah Most Caring dan Anugerah Pensyarah Paling humble sempena Sambutan Hari Guru Peringkat IPGM Kampus Ipoh yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGM Kampus Ipoh.














.png)





.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)
















