SALAM 1 MUHARAM 1447 HIJRAH
SAHABAT BAHASA : SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KENANG
LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA DENGAN PASUKAN BOMBA TAMBUN
24 Jun 2025 | Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah mengadakan latihan kebakaran bersama dengan pasukan bomba Tambun. Jabatan Pengajian Melayu menjadi lokasi utama dalam latihan kebakaran tersebut. Semua pensyarah di jabatan ini telah memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi menjayakan sesi latihan tersebut.
BICARA TOKOH : SITI ZALEHA M. HASHIM, PENERIMA S.E.A WRITE AWARD 2023
18 Jun 2025 | Jabatan Pengajian Melayu telah menganjurkan program Bicara Tokoh : Siti Zaleha M. Hashim, Penerima S.E.A Write Award 2023 bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara. Program ini juga telah disiarkan secara langsung menerusi media youtube TV IPG Ipoh. Program tersebut telah menampilkan dua orang ahli panel yang tidak asing lagi dalam bidang Kesusateraan Melayu iaitu Ybhg. SN Dato' Dr. Hajah Zurinah binti Hassan dan Ybrs. Encik Nik Nor Izhan bin Tuan Yaakub. Bicara tokoh ini juga telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Khairulanuar bin Ismail, pensyarah akademik Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh. Siaran bicara tokoh ini akan disiarkan secara langsung melalui saluran youtube TV IPG Ipoh. Program ini telah mendapat liputan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Program ini telah disiarkan dalam Dewan Sastera. <<Klik Di Sini>>. Ybrs. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, ketua jabatan merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua jawatankuasa kerana telah bertungkus-lumus memastikan program ini berjalan lancar. Ybrs. Dr. Murniza binti Mohamad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh juga turut hadir dalam program tersebut dan mengakui program tersebut adalah program yang amabat baik dan seharusnya diteruskan dan dijadikan sebagai program tahunan jabatan.
TAHNIAH KEPADA DR. HAJAH NOR AZIAH BINTI ABDUL AZIZ
TAHNIAH KEPADA PUAN FADZILAH BINTI ABDUL RAHIM
TAHNIAH KEPADA PUAN FADZILAH BINTI ABDUL RAHIM
BICARA TOKOH : SITI ZALEHA M. HASHIM, PENERIMA S.E.A WRITE AWARD 2023
PASUKAN SHOWCASE KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB) SEMESTER JANUARI-MEI 2025
11 Jun 2025 | Tahniah diucapkan kepada Puan Nor Anis Izzati binti Muhammad Sahlan, pensyarah pembimbing kepada Pasukan KPPB Semester Januari-Mei 2025 yang akan membentangkan hasil KPPB mereka pada 2 Julai 2025. Pasukan tersebut membawa The Big Idea : Obor Bahasa Pemangkin Generasi MADANI. Pasukan ini juga telah melaksanakan KPPB secara interdisiplinari antara BMMB 3213 : Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan BMMB 3223 : Pengajaran Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu dan BMMB 3203 : Morfologi Bahasa Melayu. Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Wirawan KPPB-DLO IPGM kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara maya sepanjang penghasilan slaid showcase tersebut.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1446H/2025M
7 Jun 2025 | Ketua jabatan dan semua pensyarah Jabatan Pengajian Melayu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H/2025M yang disambut pada 7 Jun 2025 kepada semua warga IPG Kampus Ipoh umumnya dan semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan Teras Bahasa Melayu Pendidikan Rendah khususnya. Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini besar pengorbanannya dan disambut dengan penuh kesyukuran bersama dengan keluarga tercinta. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA : MAAF ZAHIR DAN BATIN.
PROGRAM SANGGAR BAHASA SIRI 3
4 Jun 2025 | Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama Unit Perpustakaan menganjurkan Program Sanggar Bahasa 3 : Wacana Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Program tersebut disiarkan secara langsung melalui media youtube yang memaparkan tiga slot perbincangan iaitu Bicara Bahasa : P, Ramlee Permata Seni Negara, Seni dan Budaya Melayu : Gurindam dan slot khas kepada para pelajar yang akan menduduki SPM iaitu Skor A+ SPM : Kertas 1 Bahasa Melayu. Program tersebut adalah di bawah inisiatif MBMMBI.
https://www.youtube.com/live/SAFiHfiohyg?si=RRwig4YeDFWtsayD