9 Disember 2025 | Jabatan Pengajian Melayu akan mengadakan Rekayasa Jabatan Pengajian Melayu pada 12 Disember 2025 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Program tersebut bermula pada 8.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang. Program tersebut akan membentangkan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) sebagai pekongsian ilmu kepada semua pensyarah jabatan. Selain itu, program tersebut akan diisi dengan persidangan meja bulat para pensyarah jabatan dalam perkongsian idea dan maklumat berkaitan pelaksanaan program-program jabatan sepanjang tahun 2025.



No comments:
Post a Comment