25 November 2025 | Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan jutaan tahniah kepada Kumpulan INVENSI PULIH atas kejayaan meraih Pingat Perak di Karnival Inovasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Peringkat Kebangsaan 2025. Pencapaian ini membuktikan komitmen, usaha gigih dan kreativiti para pelajar PISMP Bahasa Melayu Unit B1 dalam menghasilkan inovasi digital yang berkualiti. Syabas juga kepada para pensyarah pembimbing yang sentiasa memberikan bimbingan dan sokongan berterusan. Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat untuk terus melakar lebih banyak inovasi dan kecemerlangan pada masa hadapan.



No comments:
Post a Comment