22 Mei 2025 | Jabatan Pengajian Melayu (JPM) IPGM Kampus Ipoh telah mengadakan Program Sahabat Bahasa Siri 2/ 2025 di SK Kg. Kenang, Sungai Siput, Perak. Program Sahabat Bahasa merupakan salah satu program di bawah Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Seramai 3 orang pensyarah daripada JPM yang terdiri daripada iaitu Dr. Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi, Dr. Nor Anita binti Mat Isa dan Puan Nor Anis Izzati binti Muhamad Sahlan Selain itu, seramai 13 orang pelajar major Bahasa Melayu IPG Kampus Ipoh yang terdiri dari Unit X1 turut serta menghadiri program tersebut. Kumpulan sasaran melibatkan seramai 60 orang murid yang terdiri daripada murid tahap 1 dan tahap 2 yang masih berada pada tahap penguasaan lemah kemahiran membaca. Objektif program Sahabat Bahasa untuk memupuk kecintaan terhadap bahasa dan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid. Bukan itu sahaja, program ini diharapkan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif dalam mempelajari bahasa melalui pendekatan bermain sambil belajar.
No comments:
Post a Comment