1 Januari 2026 | Selamat Tahun Baharu 2026 diucapkan kepada semua warga Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh.
TAHNIAH KEPADA KUMPULAN INVENSI PULIH
UCAPAN TAHNIAH KEPADA DR. NOR ANITA BINTI MAT ISA
PROGRAM REKAYASA JABATAN PENGAJIAN MELAYU
9 Disember 2025 | Jabatan Pengajian Melayu akan mengadakan Rekayasa Jabatan Pengajian Melayu pada 12 Disember 2025 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Program tersebut bermula pada 8.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang. Program tersebut akan membentangkan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) sebagai pekongsian ilmu kepada semua pensyarah jabatan. Selain itu, program tersebut akan diisi dengan persidangan meja bulat para pensyarah jabatan dalam perkongsian idea dan maklumat berkaitan pelaksanaan program-program jabatan sepanjang tahun 2025.
UCAPAN TAHNIAH KEPADA PANEL PENULIS SINTAKSIS BAHASA MELAYU
TAHNIAH KEPADA ENCIK MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK
TAHNIAH KEPADA PUAN WAN ROHAYA BINTI WAN HASHIM
2 Disember 2025 | TAHNIAH diucapkan kepada Puan Wan Rohaya binti Wan Hashim atas pengiktirafan sebagai Jurulatih Seni Budaya Negara daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Semoga pengiktirafan ini membuktikan komitmen, kepakaran dan dedikasi tinggi dalam memperkasa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada memartabatkan Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu pada masa akan datang.
TAHNIAH KEPADA PUAN FADZILAH BINTI ABDUL RAHIM
2 Disember 2025 | TAHNIAH diucapkan kepada Puan Fadzilah binti Abdul Rahim atas pengiktirafan sebagai Jurulatih Seni Budaya Negara daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Semoga pengiktirafan ini membuktikan komitmen, kepakaran dan dedikasi tinggi dalam memperkasa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada memartabatkan Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu pada masa akan datang.
TAHNIAH KEPADA ENCIK MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK
25 November 2025 | Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak atas kejayaan meraih Anugerah Gangsa melalui pembentangan produk inovasi penyampaian INOvDIG di Karnival Inovasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Peringkat Kebangsaan 2025. Kejayaan ini membuktikan komitmen, kepakaran dan dedikasi tinggi dalam memperkasa inovasi akademik serta memperkukuh budaya penyelidikan. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dan inovasi pada masa akan datang.
TAHNIAH KEPADA KUMPULAN INVENSI PULIH
25 November 2025 | Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan jutaan tahniah kepada Kumpulan INVENSI PULIH atas kejayaan meraih Pingat Perak di Karnival Inovasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Peringkat Kebangsaan 2025. Pencapaian ini membuktikan komitmen, usaha gigih dan kreativiti para pelajar PISMP Bahasa Melayu Unit B1 dalam menghasilkan inovasi digital yang berkualiti. Syabas juga kepada para pensyarah pembimbing yang sentiasa memberikan bimbingan dan sokongan berterusan. Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat untuk terus melakar lebih banyak inovasi dan kecemerlangan pada masa hadapan.
TAHNIAH KEPADA ENCIK MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK
24 November 2025 | Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak akan membentangkan produk inovasi penyampaian yang bertajuk INOvDIG di Karnival Inovasi Universiti Malaysia Terengganu Peringkat Kebangsaan pada 25 November 2025 secara maya.
KUMPULAN INVENSI PULIH DALM KARNIVAL INOVASI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU TAHUN 2025
23 November 2025 | Kumpulan INVENSI PULIH akan membentangkan produk inovasi digital yang bertajuk INVENSI PULIH di Karnival Inovasi Universiti Malaysia Terengganu Peringkat Kebangsaan pada 25 November 2025 secara maya. Kumpulan INVENSI PULIH terdiri daripada para pelajar PISMP Bahasa Melayu Unit B1 iaitu :
1. Emir Ikhwan bin Hashim2. Firman Hakim bin Fadli
3. Aidil Iskandar bin Shahrin Anuar
4. Aliff Haikal binti Zamree
Pensyarah-pensyarah pembimbing :
1. Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak
2. Dr. Nor Anita binti Mat Isa
TAHNIAH KEPADA ENCIK MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK
TAHNIAH KEPADA ENCIK MOHAMAD ROSMIZI BIN MAHAMAD
TAHNIAH KEPADA PASUKAN FORUM IPGK IPOH KERANA BERJAYA KE PUSINGAN SUKU AKHIR
15 Oktober 2025 | Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh mengucapkan tahniah kepada pasukan-pasukan Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan Kali Ke-15 kerana telah berjaya ke pusingan suku akhir pada 29 Oktober 2025.
TAHNIAH KEPADA ENCIK MOHD SUFIAN BIN ISMAIL
17 Oktober 2025 | Warga Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah kepada Encik Mohd Sufian bin Ismail kerana dilantik sebagai Penceramah Kebangsaan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) kelolaan Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia.
TAHNIAH KEPADA DR. MOHD HAFIZ BIN MOHAMAD TARMIZI
17 Oktober 2025 | Warga Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah kepada Dr. Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi kerana dilantik sebagai Penceramah Kebangsaan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) kelolaan Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia.
SELAMAT BERJUANG KEPADA PASUKAN FORUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
13 Oktober 2025 | Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh mengucapkan selamat berjuang kepada pasukan-pasukan Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan Kali Ke-15 dalam pusingan awal pertandingan tersebut secara atas talian yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Oktober 2025.
TAHNIAH KEPADA DR. NOR ANITA BINTI MAT ISA
3 Oktober 2025 | Warga Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah kepada Dr. Nor Anita binti Mat Isa kerana telah mendapat Anugerah Kertas Kerja Terbaik (Kategori Sastera) di Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya bertempat di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman.
TAHNIAH KEPADA PASUKAN IPG KAMPUS IPOH (A)
30 September 2025 | Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah kepada Pasukan IPGK Ipoh (A) kerana mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Forum Piala Pengarah IPG Kampus Ipoh.
TAHNIAH KEPADA PUAN WAN ROHAYA BINTI WAN HASHIM
TAHNIAH KEPADA PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH DALAM MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PERINGKAT IPG KAMPUS IPOH
26 September 2025 | Warga Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah kepada Dr. Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi (penerima APC), Dr. Nor Anita binti Mat Isa (penerima anugerah khas kecemerlangan inovasi), Encik Mohd Sufian bin Ismail (penerima anugerah khas kecemerlangan penyelidikan) dan Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak (penerima anugerah khas penulisan) dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat IPG Kampus Ipoh.
TAHNIAH KEPADA ENCIK MOHD SUFIAN BIN ISMAIL
12 September 2025 | Warga Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan ucapan tahniah kepada Encik Mohd Sufian bin Ismail dan pasukannya kerana telah berjaya mendapat Anugerah Emas Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsan (B-Inovatif) Tahun 2025 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris.
TAHNIAH KEPADA DR. NOR ANITA BINTI MAT ISA
12 September 2025 | Warga Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan ucapan tahniah kepada Dr. Nor Anita binti Mat Isa dan pasukan pelajarnya kerana telah berjaya mendapat Anugerah Emas Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsan (B-Inovatif) Tahun 2025 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris.
PROGRAM PROPULIH DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ULU KINTA
10 September 2025 | Jabatan Pengajian Melayu telah mengadakan Program Propulih di Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta bagi membantu pelajar-pelajar yang belum menguasai 2M iaitu membaca dan menulis. Program tersebut dibimbing oleh para pelajar PISMP Teras Bahasa Melayu.
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA ENCIK MOHAMAD ROSMIZI BIN MAHAMAD
18 Ogos 2025 | Warga Jabatan Pengajian Melayu mengalu-alukan kehadiran Encik Mohamad Rosmizi bin Mahamad, pensyarah akademik sebagai ahli keluarga jabatan yang baharu.
BICARA KARYA KREATIF ANJURAN KARYAWAN PERAK DENGAN KERJASAMA JABATAN PENGAJIAN MELAYU, IPGM KAMPUS IPOH
19 Ogos 2025 | Karyawan Perak dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melyu, IPGM Kampus Ipoh akan menganjurkan Program Bicara Karya Kreatif pada 20 Ogos 2025, Rabu bertempat di Dewan Seri Melati, IPGM Kampus Ipoh. Sebanyak tiga buah karya akan dibicarakan iaitu Novel Geliga, karya Paris Arshad, Novel Mimpi Yang Hilang, karya Amir Hamzah dan Antologi Puisi Masuk Ke Dalam Hujan, karya Nimoiz TY.
BENGKEL KERJA OBJEK PEMBELAJARAN DIGITAL (OPD) INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
15 Ogos 2025 | Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, Dr. Hajah Nor Aziah binti Abdul Aziz, Puan Wan Rohaya binti Wan Hashim dan Encik Muhammad Akheruddin bin Yahaya telah menghadiri Bengkel Kerja Pembangunan Objek Pembelajaran Digital (OPD) anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia bertempat di Hotel Dorsett, Subang Jaya.
PROGRAM PROPULIH DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KINTA
13 Ogos 2025 | Jabatan Pengajian Melayu telah mengadakan Program Propulih di Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kinta bagi memberi ruang dan peluang murid-murid sekolah tersebut menguasai kemahiran membaca. Program tersebut telah dijalankan oleh siswa-siswa guru pengkhususan Bahasa Melayu. Program ini telah diselia oleh Haji Khairulanuar bin Ismail, pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Ipoh.
TAHNIAH DAN SELAMAT KEMBALI KEPADA SEMUA PELAJAR PISMP PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BAGI SEMESTER OGOS-DISEMBER 2025
TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU PISMP PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN OGOS 2025
11 Ogos 2025 | Warga Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada semua pelajar baharu yang telah mendaftar sebagai pelajar PISMP Pengkhususan Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. Selamat menimba ilmu sebagai persediaan menjadi guru yang cemerlang.
TERIMA KASIH KEPADA ENCIK MOHAMAD AKHERUDDIN BIN YAHAYA
MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-15/2025
6 Ogos 2025 | Mesyuarat penyelarasan bilangan 3 Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan Kali Ke-15/2025 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia, IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ybrs. Dr. Murniza binti Muhamad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh wakil Dewan Bahasa dan Pustaka. Pelbagai agenda telah dibincangkan dan mendapat kata sepakat bagi menjayakan pertandingan forum tersebut.
























































