INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

SALAM MALAYSIA MADANI || SALAM PERAK SEJAHTERA 2030 || SALAM LESTARI || SALAM PENDIDIKAN BERMUTU, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA || IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : THE INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SALAM AIDILFITRI 1447H/2026M

#SAHABAT BAHASA : KSMK3013 KESENIAN MELAYU TELAH MENGHADIRI PEMENTASAN TEATER "HAJI MURAT" YANG DITULIS OLEH LEO TOLSTOY

 28 Jun 2024 | Seramai 13 orang pelajar daripada kursus KSMK3013 Kesenian Melayu telah menghadiri pementasan teater "Haji Murat" yang ditulis oleh Leo Tolstoy. Aktiviti ini diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kehadiran pelajar dalam aktiviti ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha memenuhi keperluan maklumat kursus mereka. Para pensyarah pengiring, Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak dan Dr. Nor Anita binti Mat Isa, turut serta dalam aktiviti ini bagi memastikan pelajar dapat memahami dan menghayati karya seni teater dengan lebih mendalam. Pengalaman menonton teater ini memberikan peluang kepada pelajar untuk melihat dan merasai sendiri persembahan dramatik yang berkaitan dengan kesenian Melayu serta karya sastera antarabangsa. Aktiviti menonton teater "Haji Murat" berjaya dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang diinginkan. Pelajar-pelajar memberikan maklum balas yang positif dan melaporkan bahawa pengalaman ini sangat berharga dalam meningkatkan pemahaman mereka tentang kesenian Melayu serta pementasan teater secara umum.



Kongsi:

No comments:

Post a Comment

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Search This Blog

Powered by Blogger.