IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA
IPGMKI : IKHLAS, PROAKTIF, GIGIH, MAMPAN, KEBERSAMAAN, INTEGRITI, PRIHATIN, OPTIMIS, HARMONI

MAJLIS PELUNCURAN SEKOLAH PENGAJAR OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN

20 Jun 2024 | Dr. Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi selaku Penyelaras Sekolah Pengajar IPGM Kampus Ipoh telah mewakili kampus ke Majlis Peluncuran Program Sekolah Pengajar dan Program Sahabat Bahasa Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di SK Sungai Bakap, Pulau Pinang. Program ini membuktikan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan hasrat memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris tercapai. Ia juga bertepatan dengan inisiatif reformasi pendidikan negara yang sedang dilaksanakan KPM di setiap peringkat. Sekolah Pengajar ialah sekolah yang dijadikan makmal untuk memperkasa kompetensi pendidik bagi pengajaran dan pembelajaran kontemporari dalam kalangan siswa guru, pensyarah dan guru. Ia memberi peluang kepada pensyarah IPGM dan guru sekolah berkolaborasi menguji inisiatif dan formula pedagogi, khususnya yang berkaitan isu pembelajaran murid. Menerusi pendekatan Sahabat Bahasa, program Sekolah Pengajar memberi tumpuan kepada prinsip menguasai komunikasi bahasa Melayu dengan fasih dan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan yakin secara santai terutamanya dalam kalangan murid. Penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang terampil menggunakan pendekatan santai adalah penting supaya murid dapat berkomunikasi dengan fasih dan yakin dalam kedua-dua bahasa secara seiring.





Kongsi:

No comments:

Post a Comment

MALAYSIA MADANI : JIWA MERDEKA

MALAYSIA MADANI : JIWA MERDEKA

SELAMAT HARI DEEPAVALI

SELAMAT HARI DEEPAVALI

GALERI SASTERAWAN NEGARA

GALERI SASTERAWAN NEGARA
KLIK PADA GAMBAR

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

PENGUNJUNG

Search This Blog

Powered by Blogger.