IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SALAM AIDILADHA 1446H/2025M

BENGKEL PEMENTASAN TEATER

15 November 2023 : Bengkel Pementasan Teater anjuran Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh bersama Dewan Bahasa dan Pustaka telah diadakan di IPGK Ipoh. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada bakal-bakal guru dalam teknik lakonan teater. Dikendalikan oleh Dr. Rosdeen Suboh, Pensyarah Kanan Universiti Malaya yang dibantu oleh pelajar Ijazah Seni Persembahan Universiti Malaya. Dua orang pelakon teater terkenal iaitu Encik Taiyuddin Bakar dan Encik Sobri Anuar turut menjadi peneraju utama dalam bengkel ini. Turut hadir menyaksikan sesi perbengkelan ialah pelakon terkenal iaitu Encik Zaidi Omar. Bengkel yang dijalankan secara stesen bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 5.00 petang. Sesi Forum Teater merupakan sesi terakhir yang membincangkan topik-topik penting dalam sesi perbengkelan di samping pandangan peserta tentang dunia teater. Kelainan sesi perbengkelan dapat menarik minat peserta untuk mendalami dunia teater. Tetamu utama yang turut hadir dalam program ini ialah Dr. Yusminah Binti Mohd Yusof, Pengarah IPG Kampus Ipoh dan En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah, IPG Kampus Ipoh.



Kongsi:

No comments:

Post a Comment

MASA ITU EMAS

SALAM 1 MUHARAM 1447H/27 JUN 2025

SALAM 1 MUHARAM 1447H/27 JUN 2025

FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KE-15, TAHUN 2025

FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KE-15, TAHUN 2025
KLIK PADA GAMBAR

PENGUNJUNG

GALERI SASTERAWAN NEGARA

GALERI SASTERAWAN NEGARA
KLIK PADA GAMBAR

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Search This Blog

Powered by Blogger.