7 Ogos 2023 : Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak telah diberi kepercayaan daripada Sektor Pembelajaran PPD Bagan Datuk untuk memberi bimbingan berkaitan Pemantapan Pedagogi Didik Hibur untuk guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Bagan Datuk. Seramai 24 orang peserta telah menyertainya dan dirasmikan oleh Puan Kasmiyati binti Katiman, Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk. Turut hadir ialah Encik Mohd Fahmi bin Tajuid, PPT, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, Encik Rosli bin Mohd Yusof, Pegawai SISC+ Bahasa dan Puan Hajah Suhaila binti Mohamed Kesnan, Pegawai SISC+ Sains Sosial.
No comments:
Post a Comment