Pada 27 hb Julai 2020, satu kursus Webinar anjuran Jabatan Pengajian Melayu telah diadakan di Hotel Palm Bay Resort Pulau Pangkor. Kursus ini bertujuan mendedahkan para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dengan penggunaan Open Broadcaster Software (OBS) untuk pengajaran secara dalam talian. Kursus telah dikendalikan oleh En Zaini bin Abdul Ghani, penyelaras Pembelajaran Digital Jabatan Pengajian Melayu. Semua pensyarah Jabatan Pengajian Melayu telah didedahkan dengan teknik penggunaan OBS untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment