Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dengan kerjasama kerajaan negeri Perak dan Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan "Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Peringkat Kebangsaan kali ke-11".
Justeru, dijemput para pelajar universiti awam / swasta, kolej swasta dan institut untuk menyertai pertandingan ini. Sila imbas QR code untuk maklumat lanjut.
28 JUN 2021 || WATIKAH PELANTIKAN SEBAGAI KETUA ALUR KERJA KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU |
Tahniah diucapkan kepada Encik Khairulanuar bin Ismail, Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Alur Kerja Kerangka Standard Bahasa Melayu, iaitu salah satu daripada program bawah Inisiatif #108- Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu dalam Sesi Townhall Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Pelantikan bagi Inisiatif PPPM Tahun 2021.
Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Pelantikan diadakan bertujuan untuk mengiktiraf peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh Peneraju, Pengurus Program dan Ketua Alur Kerja Inisiatif PPPM Tahun 2021.
Majlis tersebut telah diadakan pada 28 Jun 2021, pukul 9.30 pagi. YB Datuk Dr Radzi bin Jidin, Menteri Kanan Pendidikan telah menyampaikan amanat dan menyempurnakan penyampaian watikah kepada semua Peneraju, Pengurus Program dan Ketua Alur Kerja Inisiatif.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidkan II, YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof serta pimpinan tertinggi Kementerian.
14 JUN 2021 || ULASAN BUKU 'BIOGRAFI PENULIS PERAK' OLEH DR MOHD NAZRI BIN ZAINUDDIN
Syabas diucapkan kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh) kerana ulasan buku beliau telah dimuatnaik di portal rasmi Persatuan Karyawan Perak dalam ruangan Eksplorasi Karya. Beliau mengulas buku "Biografi Penulis Perak: Jilid 1".
30 APRIL 2021 || PENERIMAAN SURAT KENAIKAN PANGKAT GRED DG54
Pihak Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan setinggi tahniah kepada Pn Norehan bt Muhammad yang telah menerima surat kenaikan pangkat Gred DG54.Surat kenaikan pangkat tersebut telah disampaikan oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Ipoh dalam satu majlis rasmi di IPG Ipoh.Semoga Pn Norehan bt Muhammad terus cemerlang dalam kerjaya sebagai seorang pensyarah.
08 APRIL 2021 || PENYELIDIKAN REBANA PERAK DI KAMPUNG KEPALA BENDANG, KUALA KANGSAR PERAK
Tiga orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu iaitu Encik Shamsudin bin Abu Bakar (Ketua Jabatan Pengajian Melayu), Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin dan Encik Zainal Ariff bin Mat telah membuat penyelidikan Rebana Perak di Kg Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Turut hadir Encik Mohd Zaki bin Jamaluddin (pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan dan Maklumat) serta 4 orang pegawai Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak. Satu persembahan Rebana Perak telah dilaksanakan oleh penggiatnya iaitu Encik Safri bersama kumpulannya. Semoga penyelidikan ini dapat memberi impak yang besar kepada masyarakat dan negara.
09 APRIL 2021 || PENERIMAAN SURAT KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH CEMERLANG GRED DG52 ||
Tahniah diucapkan kepada Puan Rozita bt Omar atas penerimaan surat kenaikan pangkat pemangkuan Pensyarah Cemerlang dari DG48 ke DG52.Surat telah disampaikan oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Ipoh dalam Majlis Perhimpunan Rasmi IPG bagi bulan April. Semoga Puan Rozita bt Omar terus cemerlang dalam kerjayanya sebagai pensyarah.
07 APRIL 2021 || WEB BINAR ' TEROMBA ' ANJURAN JABATAN PENGAJIAN MELAYU
Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pengajian Melayu Kampus Ipoh yang telah berjaya mengadakan Web Binar bertajuk 'Teromba'. Web Binar tersebut telah dijayakan oleh Dr Mohd Nazri bin Zainuddin yang bertindak sebagai moderator manakala ahli- ahli panel terdiri daripada En Shamsudin bin Abu Bakar, Ketua Jabatan Pengajian Melayu dan Prof Madya Dato'Paduka Dr Mohd Rosli bin Saludin, Fellow Penyelidik Kanan ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia.Web Binar ini telah mendapat sabutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan guru pelatih, pensyarah dan orang awam.Web Binar ini telag diselaraskan sepenuhnya oleh En Zaini bin Abdul Ghani.

















