INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

SALAM MALAYSIA MADANI || SALAM PERAK SEJAHTERA 2030 || SALAM LESTARI || SALAM PENDIDIKAN BERMUTU, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA || IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : THE INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SALAM AIDILFITRI 1447H/2026M

28 JUN 2021 || WATIKAH PELANTIKAN SEBAGAI KETUA ALUR KERJA KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU |

Tahniah diucapkan kepada Encik Khairulanuar bin Ismail, Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Alur Kerja Kerangka Standard Bahasa Melayu, iaitu salah satu daripada program bawah Inisiatif #108- Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu dalam Sesi Townhall Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Pelantikan bagi Inisiatif PPPM Tahun 2021. Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Pelantikan diadakan bertujuan untuk mengiktiraf peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh Peneraju, Pengurus Program dan Ketua Alur Kerja Inisiatif PPPM Tahun 2021. Majlis tersebut telah diadakan pada 28 Jun 2021, pukul 9.30 pagi. YB Datuk Dr Radzi bin Jidin, Menteri Kanan Pendidikan telah menyampaikan amanat dan menyempurnakan penyampaian watikah kepada semua Peneraju, Pengurus Program dan Ketua Alur Kerja Inisiatif. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidkan II, YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof serta pimpinan tertinggi Kementerian.
Kongsi:

No comments:

Post a Comment

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Search This Blog

Powered by Blogger.