INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

  • ;
  • ;
SALAM MALAYSIA MADANI || SALAM PERAK SEJAHTERA 2030 || SALAM LESTARI || SALAM PENDIDIKAN BERMUTU, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA || IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : THE INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER MEI 2026 || SALAM AIDILADHA 1447H/2026M

#SAHABAT BAHASA : TEORI DAN PRAKTIKAL SENI TARI DI SEKOLAH SENI MALAYSIA PERAK

 18 Julai 2024 | Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar KSMK3103 Kesenian Melayu mempelajari teori dan praktikal seni tari di Sekolah Seni Malaysia Perak. Mereka dibimbing oleh guru-guru seni tari dalam tarian zapin, tarian inang, dan tarian rampai. Pensyarah pengiring termasuklah Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Dr. Fadzilah bt Abdul Rahim dan En. Mohamad Akhirudeen bin Yahya. Semoga semua ilmu seni tari yang dipelajari mampu meningkatkan pengetahuan seni tari dalam tema kebudayaan, kesenian dan estetika.



Kongsi:

#CAKNA BAHASA : CONTINUING PROFESSIONAL DEVELOPMENT (CPD) JABATAN PENGAJIAN MELAYU DI SK PERPADUAN

 10 Julai 2024 | Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu kerana mengadakan Continuing Professional Development (CPD) atau Pembangunan Profesional Berterusan di SK Perpaduan. CPD yang dilaksanakan melibatkan guru-guru dan murid-murid tentang syair, pidato, pantun, dan penulisan esei. Semoga perkongsian ilmu ini memberi nilai tambah kepada guru-guru dan murid-murid di SK Perpaduan.






Kongsi:

#SAHABAT BAHASA : PROGRAM MAAL HIJRAH DI PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG TERSUSUN BATU 8 ULU KINTA

 12 Julai 2024: Tiga orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu iaitu Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak dan En. Mohamad Akhirudeen bin Yahya serta 18 orang guru pelatih telah dijemput untuk menyertai Program Maal Hijrah di Perpustakaan Desa Kg Tersusun Batu 8 Ulu Kinta. Program ini dapat mendekatkan para pensyarah dan guru pelatih dengan masyarakat. Secara tidak langsung dapat menjalinkan ukhwah dan bergaul mesra dengan masyarakat setempat.




Kongsi:

#CAKNA BAHASA : KLINIK MEMBACA SIRI 1/2024

12 Julai 2024 | Jabatan Pengajian Melayu (JPM), IPGM Kampus Ipoh telah mengadakan Klinik Membaca Siri 1/2024 di SK Sungai Rokam, Ipoh, Perak. Klinik Membaca merupakan salah satu program di bawah program Sekolah Pengajar (Teaching School). Seramai 3 orang pensyarah yang terdiri daripada iaitu Dr. Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi (Penyelaras Program Sekolah Pengajar), Puan Nor Anis Izzati binti Muhamad Sahlan (Penyelaras Klinik Membaca), Puan Wan Rohaya binti Wan Hashim (Pensyarah Pengiring) dan seramai 13 orang pelajar dari Unit W menghadiri program tersebut. Kumpulan sasaran melibatkan seramai 51 orang murid yang terdiri daripada murid tahap 1. Objektif program Klinik Membaca untuk memberikan khidmat bantu kepada para guru bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid tahap 1 di SK Sungai Rokam. Selain itu, program ini diharapkan dapat membantu memupuk minat membaca dalam kalangan murid pemulihan.



Kongsi:

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR

 3 Julai 2024 | Majlis pelancaran Program Sekolah Pengajar (Teaching School) akan berlangsung pada 4 Julai 2024 di Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam. Majlis perasmian tersebut akan disempurnakan oleh Ybrs. Dr. Yusminah binti Mohd Yusof, Pengarah IPGM Kampus Ipoh. Majlis perasmian tersebut diuruskan oleh Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam. Semoga program tersebut dapat membantu guru-guru dan murid-murid dengan pelaksanaan program sebagai jalinan dan jaringan antara IPGMK Ipoh dengan sekolah tersebut.



Kongsi:

#SAHABAT BAHASA : KSMK3013 KESENIAN MELAYU TELAH MENGHADIRI PEMENTASAN TEATER "HAJI MURAT" YANG DITULIS OLEH LEO TOLSTOY

 28 Jun 2024 | Seramai 13 orang pelajar daripada kursus KSMK3013 Kesenian Melayu telah menghadiri pementasan teater "Haji Murat" yang ditulis oleh Leo Tolstoy. Aktiviti ini diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kehadiran pelajar dalam aktiviti ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha memenuhi keperluan maklumat kursus mereka. Para pensyarah pengiring, Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak dan Dr. Nor Anita binti Mat Isa, turut serta dalam aktiviti ini bagi memastikan pelajar dapat memahami dan menghayati karya seni teater dengan lebih mendalam. Pengalaman menonton teater ini memberikan peluang kepada pelajar untuk melihat dan merasai sendiri persembahan dramatik yang berkaitan dengan kesenian Melayu serta karya sastera antarabangsa. Aktiviti menonton teater "Haji Murat" berjaya dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang diinginkan. Pelajar-pelajar memberikan maklum balas yang positif dan melaporkan bahawa pengalaman ini sangat berharga dalam meningkatkan pemahaman mereka tentang kesenian Melayu serta pementasan teater secara umum.



Kongsi:

FORUM PIALA MENTERI PERAK KALI KE-14, 2024

26 Jun 2024 | Setiap tahun, IPGM Kampus Ipoh akan menganjurkan Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak dengan kerjasama IPGM, Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun ini, sudah masuk kali ke-14 pertandingan ini dianjurkan. Pertandingan saringan akan diadakan pada 12 hingga 14 OGos 2024 secara dalam talian dan pertandingan suku akhir, separuh akhir dan akhir pula akan diadakan pada 3 hingga 5 September 2024. Yuran penyertaan sebanyak RM300.00 dikenakan kepada setiap pasukan yang masuk bertanding. 




Kongsi:

MASA ITU EMAS

SALAM MAULIDUR-RASUL 1448H/2026M

SALAM MAULIDUR-RASUL 1448H/2026M

FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK KE-16 PERINGKAT ANTARABANGSA

FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK KE-16 PERINGKAT ANTARABANGSA
KLIK PADA GAMBAR

PENGUNJUNG

GALERI SASTERAWAN NEGARA

GALERI SASTERAWAN NEGARA
KLIK PADA GAMBAR

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Search This Blog

Powered by Blogger.