• ;
  • ;
IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SALAM AIDILADHA 1446H/2025M

SEKILAS FAKTA : PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR TAHUN 2025

28 Mei 2025 | Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Tahun 2025 berlangsung bermula 23 Mei hingga 1 Jun 2025 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), ialah acara sastera tahunan utama di Malaysia, diiktiraf sebagai pesta buku terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di Asia Tenggara. Ia merupakan acara utama tahunan dalam kalendar penerbitan global. Sejak 1991, PBAKL sentiasa menjadikan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), yang terletak di 41 Jalan Tun Ismail, Chow Kit, Kuala Lumpur sebagai lokasi rasmi kecuali edisi 2016 yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Pengunjung boleh menerokai pelbagai jenis buku, daripada penerbitan lama hingga baharu, dengan penekanan yang kuat terhadap kesusasteraan Melayu dan Islam, walaupun buku dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain juga tersedia. PBAKL 2025 menampilkan 1,172 gerai dengan 258 pempamer, termasuk penerbit dan penjual buku tempatan dan antarabangsa. PBAKL 2025 dijangka akan menarik kehadiran 1.9 juta pelawat, peningkatan 100,000 daripada edisi sebelumnya (1.8 juta pada 2024). PBAKL 2025 menggalakkan literasi dan menyokong inisiatif Dekad Membaca Kebangsaan (Dekad Membaca Kebangsaan) Malaysia. Ia merupakan hab untuk ahli bibliofil, pendidik, keluarga dan pelajar.




Kongsi:

TAHNIAH KEPADA ENCIK MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK

23 Mei 2025 | Jabatan Pengajian Melayu merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak kerana telah berjaya dalam penulisan dan penerbitan peringkat antarabangsa buat kali kedua. Penulisan beliau yang bertajuk Gurindam Rukun Islam telah diterbitkan oleh PERRUAS, Jakarta, Indonesia dalam Antologi KARMINA. 



Kongsi:

PROGRAM SAHABAT BAHASA SIRI 2/2025

22 Mei 2025 | Jabatan Pengajian Melayu (JPM) IPGM Kampus Ipoh telah mengadakan Program Sahabat Bahasa Siri 2/ 2025 di SK Kg. Kenang, Sungai Siput, Perak. Program Sahabat Bahasa merupakan salah satu program di bawah Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Seramai 3 orang pensyarah daripada JPM yang terdiri daripada iaitu Dr. Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi, Dr. Nor Anita binti Mat Isa dan Puan Nor Anis Izzati binti Muhamad Sahlan Selain itu, seramai 13 orang pelajar major Bahasa Melayu IPG Kampus Ipoh yang terdiri dari Unit X1 turut serta menghadiri program tersebut. Kumpulan sasaran melibatkan seramai 60 orang murid yang terdiri daripada murid tahap 1 dan tahap 2 yang masih berada pada tahap penguasaan lemah kemahiran membaca. Objektif program Sahabat Bahasa untuk memupuk kecintaan terhadap bahasa dan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid.  Bukan itu sahaja, program ini diharapkan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif dalam mempelajari bahasa melalui pendekatan bermain sambil belajar.





Kongsi:

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER MEI 2025

12 Mei 2025 | Ketua jabatan dan semua pensyarah Jabatan Pengajian Melayu ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Akhir Semester Mei 2025 kepada semua pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Teras Bahasa Melayu Pendidikan Rendah yang akan menduduki peperiksaan tersebut bermula 13 Mei hingga 27 Mei 2025. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang. 



Kongsi:

TAHNIAH KEPADA DR. NOR ANITA BINTI MAT ISA

 9 Mei 2025 | Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah kepada Dr. Nor Anita binti Mat Isa kerana telah dilantik sebagai penceramah dalam Kursus Penulisan Surat Rasmi, Memo dan Minit Mesyuarat di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.  Kursus tersebut dilaksanakan bermula 6 hingga 8 Mei 2025 bertempat di Institut Latihan Pegawai Awam (ILPA), Ipoh.



Kongsi:

MESYUARAT PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN BILANGAN 1/2025

6 Mei 2025 | Jabatan Pengajian Melayu telah mengadakan mesyuarat Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2025. Pertandingan ini dianjurkan buat kali yang ke-15 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pertandingan ini terbuka kepada semua peserta IPG, IPTA dan IPTS. Mesyuarat telah dipengerusiakan oleh Dr. Hamidah binti Samsudin, Pengarah IPG Kampus Ipoh.





Kongsi:

MASA ITU EMAS

SALAM 1 MUHARAM 1447H/27 JUN 2025

SALAM 1 MUHARAM 1447H/27 JUN 2025

FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KE-15, TAHUN 2025

FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KE-15, TAHUN 2025
KLIK PADA GAMBAR

PENGUNJUNG

GALERI SASTERAWAN NEGARA

GALERI SASTERAWAN NEGARA
KLIK PADA GAMBAR

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Search This Blog

Powered by Blogger.