IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA
INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS

PENERBITAN BUKU ‘ANEKDOT BOONGA X3’

 5 Disember 2023 : Tahniah diucapkan kepada semua Siswa Guru Major Bahasa Melayu Unit X3 kerana telah berjaya menghasilkan buku bertajuk ‘Anekdot Boonga X3’ hasil daripada lawatan sambil belajar di Zoo Taiping, Muzium Perak dan Taman Tasik Taiping. Penulisan Anekdot Boonga X3 di bawah bimbingan Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu selaku Mentor Unit X3. Penerbitan 'Anekdot Boonga X3' telah dilancarkan oleh Dr Yusminah binti Mohd Yusof, Pengarah IPGMK Ipoh. Kehadiran Dr Hasnah binti Awang, Penolong Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu, dan En Hasri bin Abu, Ketua Unit Perpustakaan, sebagai sokongan dan pengiktirafan atas usaha yang dilakukan oleh Pelajar Major Bahasa Melayu Unit X3. Pelancaran buku 'Anekdot Boonga X3' telah diadakan di Ruang Bacaan, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Semoga buku 'Anekdot Boonga X3' menjadi sumber inspirasi dan hiburan yang bermakna buat pembaca. Buku ini boleh didapati di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh sebagai bahan bacaan.



Kongsi:

Related Posts:

No comments:

Post a Comment

SELAMAT BERTUGAS KETUA JABATAN BAHARU

SELAMAT BERTUGAS KETUA JABATAN BAHARU

GALERI SASTERAWAN NEGARA

GALERI SASTERAWAN NEGARA
KLIK PADA GAMBAR

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

PENGUNJUNG

14554

Search This Blog

Powered by Blogger.