15 November 2023 : Bengkel Pementasan Teater anjuran Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh bersama Dewan Bahasa dan Pustaka telah diadakan di IPGK Ipoh. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada bakal-bakal guru dalam teknik lakonan teater. Dikendalikan oleh Dr. Rosdeen Suboh, Pensyarah Kanan Universiti Malaya yang dibantu oleh pelajar Ijazah Seni Persembahan Universiti Malaya. Dua orang pelakon teater terkenal iaitu Encik Taiyuddin Bakar dan Encik Sobri Anuar turut menjadi peneraju utama dalam bengkel ini. Turut hadir menyaksikan sesi perbengkelan ialah pelakon terkenal iaitu Encik Zaidi Omar. Bengkel yang dijalankan secara stesen bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 5.00 petang. Sesi Forum Teater merupakan sesi terakhir yang membincangkan topik-topik penting dalam sesi perbengkelan di samping pandangan peserta tentang dunia teater. Kelainan sesi perbengkelan dapat menarik minat peserta untuk mendalami dunia teater. Tetamu utama yang turut hadir dalam program ini ialah Dr. Yusminah Binti Mohd Yusof, Pengarah IPG Kampus Ipoh dan En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah, IPG Kampus Ipoh.
BENGKEL PEMURNIAN MODUL BAHASA MELAYU SJKT ANJURAN NADI PERAK DENGAN KERJASAMA IPG KAMPUS IPOH DAN JPN PERAK
7 November 2023 : Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak kerana telah dilantik sebagai panel pembimbing utama Modul Bahasa Melayu SJKT anjuran NADI Perak dengan kerjasama IPG Kampus Ipoh dan JPN Perak bertempat di Hotel Tegalodge, Ipoh. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Ybrs. Pegawai Khas Menteri Pendidikan yang turut dihadiri oleh Ybrs. Dr. Pengarah IPG Kampus Ipoh dan wakil Ybhg. Dato' Pengarah JPN Perak.
PERSIDANGAN ANTARABANGSA BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU TAHUN 2023
24 hingga 25 Oktober 2023 : Tahniah diucapkan kepada Encik Shamsudin bin Abu Bakar, Dr. Hasnah binti Awang, Puan Rozita binti Haji Omar, Puan Fadzilah binti Abdul Rahim dan Haji Khairulanuar bin Ismail kerana telah membentangkan kajian penyelidikan dalam Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu anjuran Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman.