INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-68 || MALAYSIA MADANI : RAKYAT DISANTUNI

PERTANDINGAN PENULISAN CERPEN DALAM TALIAN

 21 Jun 2023: Pihak pengurusan Perpustakaan Desa Kg Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi, Ipoh telah menjemput Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (pensyarah Jabatan Pengajian Melayu) dan Encik Zaini bin Abdul Ghani (pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akademik) untuk menjadi hakim bagi Pertandingan Penulisan Cerpen Dalam Talian. Penghakiman tersebut telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa Kg Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi, Ipoh. Sebanyak 35 cerpen dinilai bagi menentukan para pemenang. Turut hadir Puan Nor Hasrifah bt Maakhir (Penyelia Perpustakaan Zon 4). Jemputan tersebut merupakan satu penghargaan kepada para pensyarah IPG Kampus Ipoh kerana agensi luar memerlukan kepakaran mereka demi menjayakan program yang dilaksanakan.


Semoga kolaboratif ini dapat diteruskan agar dapat menaikkan bidang Kesusasteraan Melayu ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Kongsi:

No comments:

Post a Comment

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Search This Blog

Powered by Blogger.