14 Julai 2023 | Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Pensyarah Akademik Jabatan Pengajian Melayu telah membentangkan hasil penulisannya yang bertajuk Keindahan Berbahasa dalam Endoi.
MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI ABDUL RANI BIN HASSAN
4 April 2023 | Majlis persaraanTuan Haji Rani bin Hassan telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Seri Tanjung. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran isteri dan anakanda tercinta. Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan khas daripada siswa-siswa guru Major Bahasa Melayu.
TAHNIAH KEPADA DR. MOHD NAZRI BIN ZAINUDDIN
Jabatan Pengajian Melayu merakamkan tahniah atas kenaikan pangkat PPP DG48 ke DG52 kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin.
PERKAMPUNGAN BUDAYA GEMILANG
31 Mei 2023 | Seramai 11 orang guru pelatih major Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni telah mengikuti Bengkel Perkampungan Budaya Gemilang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak. Bengkel ini mendedahkan kepada para peserta asas teater dan tarian. Bengkel tersebut dilaksanakan dari 26 hingga 28 Mei 2023. Pensyarah pengiring ialah Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Jabatan Pengajian Melayu). Bengkel tersebut adalah kerjasama di antara Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh dengan UiTM Seri Iskandar. Semoga bengkel tersebut dapat memberi ilmu tambah kepada guru pelatih khususnya dalam bidang teater dan tarian.
BENGKEL SENI MENGAJAR BAHASA MELAYU
31 Mei 2023 | Pihak pengurusan dan warga IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu kerana telah menjayakan Bengkel Seni Mengajar Bahasa Melayu Bengkel tersebut telah diadakan pada 23 Mei 2023 yang lalu dan melibatkan 104 orang guru dari kawasan Kinta Utara. Semoga bengkel ini dapat memberi impak positif kepada para peserta yang hadir. Seterusnya, ilmu yang diperoleh dapat dikongsikan bersama-sama guru -guru lain di sekolah masing-masing.
FESTIVAL BAHASA DAN SASTERA PERINGKAT NEGERI KEDAH ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DENGAN KERJASAMA IPG KAMPUS DARUL AMAN
10 dan 11 Jun 2023 | Program ini telah berlangsung di IPG Kampus Darul Aman Jitra Kedah
Kejayaan-kejayaan yang diraih :
PERTANDINGAN PENULISAN CERPEN DALAM TALIAN
21 Jun 2023: Pihak pengurusan Perpustakaan Desa Kg Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi, Ipoh telah menjemput Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (pensyarah Jabatan Pengajian Melayu) dan Encik Zaini bin Abdul Ghani (pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akademik) untuk menjadi hakim bagi Pertandingan Penulisan Cerpen Dalam Talian. Penghakiman tersebut telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa Kg Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi, Ipoh. Sebanyak 35 cerpen dinilai bagi menentukan para pemenang. Turut hadir Puan Nor Hasrifah bt Maakhir (Penyelia Perpustakaan Zon 4). Jemputan tersebut merupakan satu penghargaan kepada para pensyarah IPG Kampus Ipoh kerana agensi luar memerlukan kepakaran mereka demi menjayakan program yang dilaksanakan.
Semoga kolaboratif ini dapat diteruskan agar dapat menaikkan bidang Kesusasteraan Melayu ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
CDL HANDS ON ONLINE SESSION IPG
7 JULAI 2023 | Puan Ros Anita Kartini binti Mohamed, Pensyarah Akademik telah membentangkan Elemen Sastera Melayu dalam Pendidikan STEM Sekolah Rendah.
JAWATANKUASA 'PROOF READING' BUKU LAPORAN TAHUNAN IPG KAMPUS IPOH TAHUN 2022
17 hingga 19 JULAI 2023 | Dua orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak dan Encik Mohd Sufian bin Ismail telah diberi kepercayaan dan amanah dalam mengganggotai jawatankuasa 'proof reading' Buku Laopran Tahunan IPG Kampus Ipoh Tahun 2022 bertempat di Hotel Presscott, Kuala Lumpur. Laporan tahunan tersebut berisi ringkasan kegiatan, pencapaian, dan projek-projek yang telah dilakukan oleh jabatan/unit masing-masing sepanjang tahun 2022. Melalui bengkel ini, anggota jawatankuasa buku laporan tahunan 2022 IPG Kampus Ipoh dapat bekerjasama, berkolaborasi, berbagi idea, dan meningkatkan kualiti laporan tahunan mereka agar memberikan informasi yang lebih baik mengenai kegiatan dan pencapaian jabatan/unit sepanjang tahun 2022. Diharapkan bengkel ini dapat memberikan manfaat yang besar bagi IPG Kampus Ipoh dalam menyusun laporan tahunan yang lebih baik dan lebih informatif, mengenai aktiviti dan pencapaian di jabatan/unit masing-masing sepanjang tahun 2022. Semoga laporan tahunan tersebut dapat menjadi sumber informasi yang bermanfaat bagi pengembangan dan kemajuan IPGK Ipoh di masa hadapan.
ENCIK MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK DILANTIK WIRA OPD IPGM
RESENSI BUKU ANJURAN PERPUSTAKAAN DESA BATU 10 KAMPUNG CHEMOR
28 Julai 2023: Pihak pengurusan dan warga IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada 2 orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu iaitu Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin dan Encik Mohd Faizul Hafiz bin A.Razak kerana dilantik sebagai juri Pertandingan Resensi Buku dalam Talian anjuran Perpustakaan Desa RPT Batu 10, Chemor dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu. Sebanyak 36 video penyertaan telah dinilai untuk dipilih sebagai pemenang. Para peserta terdiri daripada guru pelatih major Bahasa Melayu, IPG Kampus Ipoh yang melibatkan kaum Melayu, Cina dan India. Semoga pertandingan ini dapat memberi pengalaman baharu dan sikap ingin mencuba bertutur bahasa Melayu dengan baik dalam kalangan guru pelatih di samping menyemaikan sikap suka membaca.
BENGKEL PENULISAN AKADEMIK TAHUN 2023
16 MAC 2023 | Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran para guru pelatih pengkhususan Bahasa Melayu Unit V IPG Kampus Ipoh berkaitan dengan penulisan akademik. Bengkel ini turut menjurus kepada teknik menulis petikan dan rujukan gaya APA serta penulisan kajian tindakan.
KOLOKIUM BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU TAHUN 2023
20 MAC 2023 | Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Tahun 2023 telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara bertempat di Dewan Seri Melati. Seramai 46 orang pembentang yang terdiri daripada pensyarah dan siswa guru major Bahasa Melayu. Pembentangan telah dijalankan secara sesi selari.