• ;
  • ;
IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA
IPGMKI : IKHLAS, PROAKTIF, GIGIH, MAMPAN, KEBERSAMAAN, INTEGRITI, PRIHATIN, OPTIMIS, HARMONI

31 DISEMBER 2020 || MAJLIS SANTUNAN BUDI TUAN HAJI HAMDAN BIN YAAKUB


Satu majlis santunan budi sempena persaraan Tn Hj Hamdan bin Yaakub telah diadakan di Dewan Seri Tanjung IPG Kampus Ipoh pada hari Khamis 31 Disember 2020




Kongsi:

03 NOVEMBER 2020 || PENTAS AKHIR PERTANDINGAN FORUM BAHASA MELAYU PIALA MENTERI BESAR PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-10 TAHUN 2020

Pertandingan akhir Forum Bahasa Melayu Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan kali ke-10 telah diadakan pada 03 November 2020 bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Pertandingan akhir ini telah diadakan secara bersemuka melibatkan empat pasukan yang telah layak ke peringkat akhir. Empat pasukan tersebut ialah pasukan forum IPG Kampus Ipoh, IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Dato Razali Ismail dan pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL RCMP). Pasukan forum IPG Kampus Bahasa Melayu telah muncul sebagai johan manakala pasukan IPG Kampus Ipoh sebagai naib johan. Tempat ketiga pula dimenangi pasukan IPG Kampus Dato' Razali Ismail dan tempat keempat dibolot oleh pasukan UniKL RCMP. Majlis peerasmian penutup dan penyampaian hadiah di sempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Razman bin Zakaria, EXCO Kerajaan Negeri Perak mewakili YAB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
Kongsi:

22 OKTOBER 2020 || PUSINGAN AWAL PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-10

Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Perak sekali lagi menganjurkan Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak peringkat kebangsaan kali ke-10. Pada pusingan awal pertandingan akan diadakan secara dalam talian pada 20 hingga 22 Oktober manakala pentas akhir dan perasmian penutup akan diadakan pada 03 November 2020. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat baik dan lebih 30 pasukan telah mendaftar untuk menyertai pertandingan ini.Pertandingan peringkat awal telah berjalan dengan lancar menggunakan medium aplikasi atas talian Googgle Meet dan Stremyard.
Kongsi:

26 SEPTEMBER 2020 || BENGKEL PENGGUNAAN APLIKASI PEMBELAJARAN GOOGLE CLASSROOM & GOOGLE MEET UNTUK SISWA GURU UNIT W MAJOR BAHASA MELAYU

 Satu bengkel penggunaan aplikasi pembelajaran Google Classroom dan Google Meet  untuk siswa guru unit W Major Bahasa Melayu telah diadakan pada 26hb September 2020 ( Sabtu). Bengkel yang bermula pada pukul 9.00 hingga pukul 1.00  petang ini telah dihadiri oleh seramai 75 orang pelajar PPISMP Unit W Ambilan Jun 2020. Bengkel ini dikendalikan oleh En Zaini bin Abdul Ghani selaku Penyelaras Pembelajaran Digital Jabatan Pengajian Melayu. Bengkel telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Melayu, En Shamsuddin bin Abu Bakar.






Kongsi:

25 SEPTEMBER 2020 || PERTANDINGAN PENULISAN RENCANA ANAK MUDA PENCINTA BAHASA MELAYU

Jabatan Pengajian Melayu merancang untuk mengadakan satu pertandingan penulisan rencana untuk siswa-siswi anak muda pencinta Bahasa Melayu. Pertandingan ini akan bermula pada 01 Oktober 2020 dan berakhir pada 30 Oktober 2020. Rencana yang dihasilkan perlu bertemakan Isu Anak Muda Pencinta Bahasa Melayu dan merupakan karya asli siswa-siswi.
Kongsi:

12 SEPTEMBER 2021 || PROGRAM WEB BINAR ANAK MUDA PENCINTA BAHASA MELAYU

Syabas diucapkan kepada Jabatan Pengajian Melayu kerana telah berjaya mengadakan satu progran Web Binar Anak Muda Pencinta Bahasa Melayu yang mengupas isu kesantunan bahasa. Tajuk perbincangan ialah Kesantunan Berbahasa Lambang Ketinggian Akal dan Budi dan disertai oleh ahli panel dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Universiti Pendidikan Sultan Idris,Universiti Pertanian Malaysia, Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara dan GuangDong University of Foreign Studies (GDUFS) Republik Negeri China. Program ini telah disiarkan secara lansung di saluran youtube dan facebook.Turut serta sebagai tetamu khas dalam program ini ialah Datuk Dr Syaiful Bahri M.AP Direktur Pascasarjana UMSU dan En Khairulanuar bn Ismail Pensyarah Bahasa Melayu IPG Kampus Ipoh.
Kongsi:

09 SEPTEMBER 2020 || KURSUS BERBALAS PANTUN DALAM TALIAN ||

Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah berjaya melaksanakan satu kursus berbalas pantun dalam talian pada 09 September tahun 2020. Program yang bermula pada pukul 3.00 petang itu telah berlangsung selama 2 jam di kendalikan oleh siswa guru Nor Hafira Illani bt Abd Jalil yang bertindak sebagai moderator manakala Dr Azman bin Rahmat, Pensyarah Cemerlang, Jabatan Persuratan Melayu, IPG Kampus Bahasa Melayu telah dijemput sebagai fasilitator. Web Binar ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dan banyak ilmu dan pengetahuan berkaitan pantun telah diperoleh oleh siswa guru dan para audien.
Kongsi:

26 OGOS 2020 || WEB BINAR KURSUS DEKLAMASI PUISI ||

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh yang telah berjaya mengadakan satu web binar kursus deklamasi puisi secara dalam talian pada 26 Ogos 2020. Porgram bersempena dengan tema 'Anak Muda Pencinta Bahasa Melayu' ini telah menjemput Saudara Sukri Abdullah, Juara Deklamator Kebangsaan sebagai penceramah dan fasilitator bagi kursus ini.Program ini adalah program kerjasama pelajar pengajia Melayu IPG Kampus Ipoh,Universiti Putra Malaysia,Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara Indonesia.
Kongsi:

11 OGOS 2020 || PROGRAM WEB BINAR ANAK MUDA PENCINTA BAHASA MELAYU ||

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pengajian Melayu kerana telah berjaya menganjurkan Program Web Binar Anak Muda Pencinta Bahasa Melayu pada 11 Ogos tahun 2020.Program ini adalah kerjasama pelajar Pengajian Melayu Ipg Kampus Ipoh dengan Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universitas Muhammaddiyah Sumatera Utara. Isu yang dibincangkan dalam web binar ini bertajuk 'Cabaran Pandemik COVID-19 Terhadap Pembelajaran Siswa'Program yang bermula pada pukul 08.30 malam ini turut mengundang Dr Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh dan Prof Dr Abdul Rashid bin Jamian sebagai tetamu khas. Web binar ini di kendalikan sepenuhnya oleh siswa guru dan mendapat sambutan yang sangat baik dari kalangan siswa-siswi institusi pendidikan yang terbabit.
Kongsi:

28 JULAI 2020 || PROGRAM LATIHAN GURU DAN MOTIVASI PELAJAR SM TAHFIZ DARUL RIDZUAN, PULAU PANGKOR PERAK

 

Pada 28hb Julai 2020, Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh telah mengadakan satu program kerjasama dengan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Pulau Pangkor. Program yang telah dilaksanakan ialah ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar  yang telah disampaikan oleh En Nor Azni bin Yahya. Manakala untuk guru-guru, dua buah bengkel telah dilaksanakan iaitu bengkel Pengajaran Terbeza yang dikendalikan oleh Pn Hjh Nor Azah bt  Ahmad  serta bengkel Tatabahasa yang dipimpin oleh En Zainal Ariff bin Mat. En Shamsuddin bin Abu Bakar selaku Ketua Jabatan Pengajian Melayu juga telah mengendalikan  satu bengkel menjawab peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu SPM untuk para pelajar tingkatan lima yang akan mengambil peperiksaan SPM hujung tahun nanti.  Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu berakhir pada jam 1.00 tengah hari.Pada akhir acara  Ketua jabatan Pengajian Melayu En Shamsuddin Abu Bakar telah  menyerahkan sumbangan berupa buku dan wang tunai untuk kegunaan sekolah tersebut.














Kongsi:

27 JULAI 2020 || BENGKEL PENGAJARAN TERBEZA DAN TATABAHASA MELAYU

 

Pada 27 Julai 2020, satu bengkel Pengajaran Terbeza telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh bertempat di Hotel Palm Bay Pulau Pangkor. Bengkel ini telah dikendalikan  oleh Pn Hajah Nor Aziah binti Abdul Aziz dan dibantu oleh beberapa orang pensyarah JPM. Bengkel ini Berjaya dilaksanakan dengan baik dan menerima maklum balas yang positif daripada para peserta.

Manakala pada 18 hb Julai 2020, bengkel yang sama telah dilaksanakan kepada para guru Sekolah Tahfiz Darul Rizduan Pulau Pangkor. Bengkel tersebut  telah di sertai oleh 30 orang guru dan berjalan dengan jayanya. Bengkel tersebut juga dikendalikan oleh Pn Hajah Nor Aziah bt Abdul Aziz. Dalam majlis yang sama, En Zainal Ariff bin Mat  juga telah menyampaikan ceramah dan bengkel  berkaitan Tatabahasa Melayu.







Kongsi:

27 JULAI 2020 || KURSUS WEB BINAR JPM 2020 ||

Pada  27 hb Julai 2020, satu kursus Webinar anjuran Jabatan Pengajian Melayu telah diadakan di Hotel Palm Bay Resort Pulau Pangkor. Kursus ini bertujuan mendedahkan para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dengan penggunaan Open Broadcaster Software (OBS) untuk pengajaran secara dalam talian. Kursus telah dikendalikan oleh En Zaini bin Abdul Ghani, penyelaras Pembelajaran Digital Jabatan Pengajian Melayu. Semua pensyarah Jabatan Pengajian Melayu telah didedahkan dengan teknik penggunaan OBS untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran.









Kongsi:

28 FEBRUARI 2020 || BENGKEL PELAN STRATEGIK 2020-2024 & BENGKEL GOOGLE CLASSROOM

Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik 2020-2024 khususnya kepada pensyarah – pensyarah Jabatan Pengajian Melayu bertempat di Bilik Dahlia. Bengkel telah dikendalikan oleh En Khairul bin Ismail dan telah dihadiri oleh semua pensyarah Jabatan Pengajian Melayu. Dalam majlis yang sama, penerangan tentang  Google Classroom juga telah disampaikan oleh En Zaini bin Abdul Ghani selaku penyelaras Jabatan Pembelajaran Digital Pengajian Melayu.




Kongsi:

MALAYSIA MADANI : JIWA MERDEKA

MALAYSIA MADANI : JIWA MERDEKA

TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN PISMP (BM SR)

TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN PISMP (BM SR)

GALERI SASTERAWAN NEGARA

GALERI SASTERAWAN NEGARA
KLIK PADA GAMBAR

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

PENGUNJUNG

Search This Blog

Powered by Blogger.