19 Mac 2025 | Jabatan Pengajian Melayu merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Hajah Nor Aziah binti Abdul Aziz kerana telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk menjadi panel penilai pemilihan Tokoh Guru Negeri Perak Tahun 2025.
TAHNIAH KEPADA DR. HAJAH NOR AZIAH BINTI ABDUL AZIZ
19 Mac 2025 | Jabatan Pengajian Melayu merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Hajah Nor Aziah binti Abdul Aziz kerana telah diberi kepercayaan oleh pihak IPGM sebagai Penyelaras Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pemantapan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
PROGRAM BICARA ILMU BAHASA DAN KESUSATERAAN MELAYU KLASIK: SATU REALITI
1 Mac 2025 | Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh dengan penuh rasa bangga telah menganjurkan Program Bicara Ilmu Bahasa dan Kesusteraan Klasik: Satu Realiti di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh, Dr. Haji Mohd Taufik bin Haji Ahmed. Program ini dijalankan dengan penglibatan seramai 213 orang pelajar unit X bermula pada pukul 9.00 pagi hingga selesai. Terdapat 6 slot yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu sendiri yang bertemakan sastera dan bahasa. Program ini juga turut diserikan dengan 3 persembahan daripada pelajar unit X yang dipimpin oleh Pn Fadzilah binti Abdul Rahim daripada Jabatan Pengajian Melayu Ahli Jawatankuasa Program Bicara Ilmu Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Klasik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir atas sokongan dan sambutan yang sangat menggalakkan. Penghargaan khas turut diberikan kepada Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Dr. Nazri bin Zainudin atas bimbingan, tunjuk ajar, serta dedikasi dalam memastikan kejayaan penganjuran program ini. Semoga program seperti ini dapat menjadi platform untuk memartabatkan bahasa Melayu klasik dan meneguhkan jati diri bangsa dalam kalangan warga IPG Kampus Ipoh.
BENGKEL ASAS SERAMIK ANJURAN JABATAN SAINS SOSIAL IPG KAMPUS IPOH
BENGKEL PEMBELAJARAN TERBEZA DAN PEDAGOGI MELANGKAU ABAD KE-21 PERINGKAT IPG KAMPUS IPOH TAHUN 2025
17 Februari 2025 | Tahniah diucapkan kepada Dr. Hajah Nor Aziah binti Abd Aziz kerana telah dilantik sebagai penceramah dalam Bengkel Pembelajaran Terbeza dan Pedagogi Melangkau Abad Ke-21 Peringkat IPG Kampus Ipoh di Bilik Bestari.
PASUKAN AUDITOR SISTEM PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN (EOMS) ISO21001:2018
PENCERAMAH BENGKEL PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR)
15 Februari 2025 | Tahniah diucapkan kepada Puan Fadzilah binti Abdul Rahim kerana telah dilantik sebagai penceramah Bengkel Pendidikan Keselamtan Jalan Raya (PKJR) kepada semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2021-Julai 2025.











