Dua orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh iaitu Encik Zaini bin Abdul Ghani dan Dr Mohd Nazri bin Zainuddin telah dijemput untuk menjadi juri Pertandingan Bercerita dalam Talian dan Pertandingan Ulasan Buku dalam Talian. Penjurian tersebut dilaksanakan di Perpustakaan Desa Taman Klebang Jaya, Chemor, Perak. Para peserta pertandingan terdiri daripada guru pelatih Major Bahasa Melayu IPG Kampus Ipoh. Semoga pertandingan ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan guru pelatih.
10 MAC 2021 || KURSUS PENGURUSAN DAN PENGACARAAN MAJLIS ANJURAN JABATAN PENGAJIAN MELAYU
Pada 6 Mac 2021, bertempat di Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh telah berlansung kursus dan bengkel Pengurusan dan Pengacaraan Majlis Anjuran Jabatan Pengajian Melayu bersama dengan Unit Pembangunan Latihan (UPL) IPG Kampus Ipoh. Kursus sehari ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Peserta kursus terdiri daripada kakitangan pengurusan dan sokongan dan kursus telah dikendalikan oleh dua orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu iaitu Dr Haji Mohd Razak bin Nordin dan En Zainal Ariff bin Mat. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat
05 MAC 2021 || PENERIMAAN SURAT KENAIKAN PANGKAT
Tahniah di ucapkan kepada Ketua Jabatan Pengajian Melayu, En Shamsudin bin Abu Bakar atas penerimaan surat kenaikan pangkat gred DG 54.Majlis penyerahan surat kenaikan pangkat disempurnakan oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Ipoh dalam majlis perhimpunan rasmi bulanan pada hari Jumaat 05 Mac 2021.Tahniah sekali lagi dan semoga En Shamsudin bin Abu Bakar terus cemerlang.
04 MAC 2021 || PENERBITAN PENSYARAH JABATAN PENGAJIAN MELAYU
Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh) kerana artikel beliau yang bertajuk "Kepentingan Membaca Dalam Kalangan Guru Pelatih" telah diterbitkan dalam Kumpulan Rencana berjudul "BUKU". Buku ini diterbitkan oleh Karyawan Ledang, Warung Buku dan Komuniti Buku Karya Johor terbitan Mac 2021.
03 MAC 2021 || PROGRAM KERJASAMA DENGAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGERI PERAK
Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (pensyarah Jabatan Pengajian Melayu / Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Kesenian IPG Kampus Ipoh) telah dijemput ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak (JKKN Perak) untuk berbincang mengenai aktiviti dan program yang akan dilaksanakan oleh JKKN Perak. Turut hadir En. Abdul Rashid bin Abdullah ( Pengarah JKKN Perak) dan staf. Kepakaran dan kemahiran para pensyarah dan Jawatankuasa Kebudayaan dan Kesenian IPG Kampus Ipoh diperlukan demi melancarkan program yang dirancang. Semoga kolaboratif ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara JKKN Perak dengan IPG Kampus Ipoh.
01 MAC 2021 || BENGKEL PENULISAN SURAT RASMI DAN MEMO
Satu bengkel penulisan surat rasmi dan memo telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh kepada staf sokongan pada 01 Mac 2021.
Bengkel ini telah dihadiri oleh staf sokongan dan pengurusan IPG Kampus Ipoh bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Ceramah dan bengkel dikendalikan oleh pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu iaitu Pn Noorliza bt Abdullah, Pn Hjh Nur Azah bt Ahmad dan Pn Rozita bt Hj Omar.Yang Berusaha Tuan Timbalan Pengarah juga turut sama menyertai bengkel tersebut.
15 FEBRUARI 2021 || PERTANDINGAN BERCERITA DALAM TALIAN
Jabatan Pengajian Melayu dan Jawatankuasa Kebudayaan dan Keseniaan IPG Kampus Ipoh bersama Perpustakaan Desa Taman Klebang Jaya, Ipoh akan menganjurkan satu pertandingan bercerita secara dalam talian bermula pada 15 Februari sehingga 28 Februari 2021. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Major Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh.




















