INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

  • ;
  • ;
SALAM MALAYSIA MADANI || SALAM PERAK SEJAHTERA 2030 || SALAM LESTARI || SALAM PENDIDIKAN BERMUTU, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA || IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : THE INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER MEI 2026 || SALAM AIDILADHA 1447H/2026M

PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN TAHUN 2024

6 Oktober 2024 : Program Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 telah berlangsung dengan meriah di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak. Majlis pelancaran program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Seramai 270 pelajar dari IPGM Kampus Ipoh turut menyertai program ini, diiringi oleh tiga pensyarah pengiring dan Timbalan Pengarah IPGM Kampus Ipoh. Program ini bertujuan untuk memupuk kecintaan terhadap bahasa kebangsaan serta memperkukuhkan penghayatan bahasa dalam kalangan pelajar dan masyarakat.



Kongsi:

PELANTIKAN SEBAGAI JURI NILAM PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2024

 3 Oktober 2024 | Pihak pengurusan dan warga IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Encik Ahmad Masdil Fazli bin Mohamed (pensyarah Jabatan Bahasa) dan Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (pensyarah Jabatan Pengajian Melayu) kerana telah dilantik sebagai juri NILAM peringkat negeri Perak 2024. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi impak yang besar kepada peserta NILAM dan warga Jabatan Pendidikan Negeri Perak.



Kongsi:

SELAMAT BERSARA ENCIK NOOR AZNI BIN YAHYA

 20 September 2024 | Jabatan Pengajian Melayu telah meraikan Majlis Santunan Budi khas untuk Encik Noor Azni bin Yahya, Pensyarah Kanan yang telah menamatkan kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Seri Tanjung IPGM Kampus Ipoh yang turut dihadiri oleh Yang Berusaha Dr. Yusminah binti Mohd Yusof, Pengarah IPGM Kampus Ipoh, Yang Berusaha Dr. Haji Mohd Taufik bin Haji Ahmed, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Ipoh, semua warga IPGM Kampus Ipoh. Majlis tersebut juga turut diraikan oleh ahli keluarga beliau.



Kongsi:

PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI DAN SEMARAK HARI MALAYSIA

 15 September 2024 | Seramai 27 orang guru pelatih dari unit B2, B3 dan B15 telah menyertai Program Jiwa Komuniti Madani dan Semarak Hari Malaysia peringkat negeri Perak di Perpustakaan Desa Bandar Baru Putra, Bercham. Mereka mempamerkan inovasi yang dihasilkan, instruktor senam robik dan peserta beberapa aktiviti yang dilaksanakan. Pensyarah pengiring ialah daripada Jabatan Pengajian Melayu iaitu Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin dan Pn. Nor Anis Izzati binti Mohd Sahlan. Semoga penglibatan ini dapat memberi pengalaman baharu dan bermakna kepada siswa guru.




Kongsi:

PENULIS BUKU BIOGRAFI PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

 13 September 2024 | Tahniah dan syabas diucapkan kepada 4 orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu iaitu Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, En. Ahmad Jihadi bin Abu Samah, En. Mohd Sufian bin Ismail dan En. Mohd Akhirudeen bin Yahaya kerana dipilih menjadi barisan penulis buku Biografi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak iaitu Dato' Mohamad Fauzi bin Mahson. Pelancaran buku biografi tersebut diadakan di Hotel Casuarina, Meru, Ipoh sempena majlis persaraan Dato' Mohamad Fauzi bin Mahson.



Kongsi:

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK KEMERDEKAAN

 11 September 2024 |Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Melayu) kerana dipilih sebagai juri sempena Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan. Pertandingan tersebut diadakan di Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh. Para peserta terdiri daripada pelbagai kaum dan opsyen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Muzik.






Kongsi:

NAIB JOHAN PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-14/2024

7 September 2024 | Tahniah diucapkan kepada Pasukan IPGMK Ipoh (B) kerana telah merangkul gelaran Naib Johan Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan Kali Ke-14 yang telah berlangsung pada 5 September 2024 bertempat di Dewan Seri Tanjung IPGMK Ipoh. Pasukan tersebut telah membawa pulang wang tunai RM3000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Pertandingan tersebut yang bertemakan Bahasaku Dijulang, Negaraku Terbilang telah mengangkat Saudara Izmirhafirul bin Halimi sebagai panel forum terbaik yang membawa pulang wang tunai RM500.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Pasukan tersebut di bawah bimbingan Cik Nor Azimah binti Ariffin, pensyarah akademik Jabatan Pengajian Melayu IPGMK Ipoh.




Kongsi:

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Search This Blog

Powered by Blogger.