24 April 2024 | Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Ipoh telah menjalinkan kolaboratif dengan SK Seri Kelebang dengan menyertai Karnival Puisi dan Kesenian. Seramai enam orang pelajar telah membuat persembahan syair, seloka dan tiupan flute dalam karnival tersebut. Terima kasih kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak sebagai pensyarah pembimbing dan pengiring karnival tersebut.
PENERBITAN ANTARABANGSA SYAIR "MAKANAN TRADISI SERABI MEKAH"
Penerbitan Antarabangsa Syair "Makanan Tradisi Serambi Mekah"
Nama Penulis : Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak
Nama Pena : Z.Luzaif
Penerbit : Perkumpulan Seni Asnur (Perruas), Kota Depok, Jawa Barat
PELANTIKAN AJK PERSATUAN KARYAWAN PERAK
9 Mac 2024 | Pihak pengurusan dan warga IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Jabatan Pengajian Melayu) kerana telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Karyawan Perak. Manakala Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak ( Jabatan Pengajian Melayu) dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Karyawan Perak. Semoga pelantikan ini dapat menyumbang idea dan kepakaran kepada ahli Persatuan Karyawan Perak dan masyarakat.
BENGKEL ANEKDOT
20 Mac 2024 | Pihak pengurusan dan warga IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jabatan Pengajian Melayu kerana berjaya melaksanakan Bengkel Anekdot di Dewan Seri Tanjung, IPGM Kampus Ipoh. Dr. Yusminah bt Mohd Yusof (Pengarah IPGM Kampus Ipoh) dan Encik Shamsudin bin Abu Bakar (Ketua Jabatan Pengajian Melayu) telah berkongsi pengalaman dan idea untuk menulis anekdot. Para peserta terdiri daripada para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dan pelbagai jabatan, AJK Persatuan Karyawan Perak dan guru pelatih-guru pelatih major Bahasa Melayu. Semoga bengkel ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada para peserta untuk menghasilkan anekdot yang baik dan berkualiti.
ANTOLOGI SAJAK "DILAHIR TERZAHIR" TERBITAN KARYAWAN PERAK
11 Mac 2024 | Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin dan Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak kerana telah berjaya menulis sajak dan telah diterbitkan dalam Antologi Sajak "Dilahir Terzahir" khas untuk YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-10.
GALERI SASTERAWAN NEGARA
5 Februari 2024 : Jabatan Pengajian Melayu telah menubuhkan Galeri Sasterawan Negara sebagai salah satu galeri untuk tatapan umum. Galeri tersebut dipamerkan di sekitar Bangunan Seri Budiman. Galeri tersebut juga dibangunkan secara maya melalui pautan yang telah disediakan di ruang Jom Singgah.














