8 April 2026 | Para pelajar PISMP Kursus BMMB3243 dan BMMB3283 akan menganjurkan Pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak dan Konsert Siswa Berseni pada 12 April 2026 jam 8.30 malam di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Pementasan ini merupakan salah satu syarat melengkapkan pentaksiran berterusan bagi kedua-dua kursus tersebut. Pementasan dan konsert tersebut di bawah bimbingan pensyarah pembimbing iaitu Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak dan Puan Wan Rohaya binti Wan Hashim. Semua dijemput hadir.







