INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

  • ;
  • ;
IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-68 || MALAYSIA MADANI : RAKYAT DISANTUNI

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA ENCIK MOHAMAD ROSMIZI BIN MAHAMAD

18 Ogos 2025 | Warga Jabatan Pengajian Melayu mengalu-alukan kehadiran Encik Mohamad Rosmizi bin Mahamad, pensyarah akademik sebagai ahli keluarga jabatan yang baharu.



 


Kongsi:

BICARA KARYA KREATIF ANJURAN KARYAWAN PERAK DENGAN KERJASAMA JABATAN PENGAJIAN MELAYU, IPGM KAMPUS IPOH

 19 Ogos 2025 | Karyawan Perak dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melyu, IPGM Kampus Ipoh akan menganjurkan Program Bicara Karya Kreatif pada 20 Ogos 2025, Rabu bertempat di Dewan Seri Melati, IPGM Kampus Ipoh. Sebanyak tiga buah karya akan dibicarakan iaitu Novel Geliga, karya Paris Arshad, Novel Mimpi Yang Hilang, karya Amir Hamzah dan Antologi Puisi Masuk Ke Dalam Hujan, karya Nimoiz TY. 



Kongsi:

BENGKEL KERJA OBJEK PEMBELAJARAN DIGITAL (OPD) INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

 15 Ogos 2025 | Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, Dr. Hajah Nor Aziah binti Abdul Aziz, Puan Wan Rohaya binti Wan Hashim dan Encik Muhammad Akheruddin bin Yahaya telah menghadiri Bengkel Kerja Pembangunan Objek Pembelajaran Digital (OPD) anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia bertempat di Hotel Dorsett, Subang Jaya.



Kongsi:

PROGRAM PROPULIH DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KINTA

 13 Ogos 2025 | Jabatan Pengajian Melayu telah mengadakan Program Propulih di Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kinta bagi memberi ruang dan peluang murid-murid sekolah tersebut menguasai kemahiran membaca. Program tersebut telah dijalankan oleh siswa-siswa guru pengkhususan Bahasa Melayu. Program ini telah diselia oleh Haji Khairulanuar bin Ismail, pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Ipoh.




Kongsi:

TAHNIAH DAN SELAMAT KEMBALI KEPADA SEMUA PELAJAR PISMP PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BAGI SEMESTER OGOS-DISEMBER 2025

11 Ogos 2025 | Warga Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan selamat kembali dan tahniah kepada semua pelajar PISMP Pengkhususan Bahasa Melayu Pendidikan Rendah kerana layak meneruskan pengajian bagi Semester Ogos-Disember 2025 pada 18 Ogos 2025 nanti.



Kongsi:

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU PISMP PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN OGOS 2025

 11 Ogos 2025 | Warga Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada semua pelajar baharu yang telah mendaftar sebagai pelajar PISMP Pengkhususan Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. Selamat menimba ilmu sebagai persediaan menjadi guru yang cemerlang. 




Kongsi:

TERIMA KASIH KEPADA ENCIK MOHAMAD AKHERUDDIN BIN YAHAYA

7 Ogos 2025 | Terima kasih kepada Encik Mohamad Akheruddin bin Yahaya kerana telah mewakili Jabatan Pengajian Melayu dalam pembentangan pelaksanaan KPPB-DLO bagi Semester Ogos-Disember 2025 bertempat di Dewan Seri MElati, IPG Kampus Ipoh. Beliau telah membentangkan Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KMR) bagi kursus BMMB1084 Asas Tatabahasa Bahasa Melayu.



Kongsi:

MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-15/2025

 6 Ogos 2025 | Mesyuarat penyelarasan bilangan 3 Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan Kali Ke-15/2025 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia, IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ybrs. Dr. Murniza binti Muhamad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh wakil Dewan Bahasa dan Pustaka. Pelbagai agenda telah dibincangkan dan mendapat kata sepakat bagi menjayakan pertandingan forum tersebut.









Kongsi:

PROGRAM SAHABAT BAHASA DI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KENANG, SUNGAI SIPUT

 27 Julai 2025 | Jabatan Pengajian Melayu telah memberi bimbingan pembelajaran kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang di bawah program Sahabat Bahasa. Program tersebut telah memuatkan pelbagai aktiviti pembelajaran yang menarik minat murid di sekolah tersebut. Semua perbelanjaan program tersebut telah menggunakan peruntukan MBMMBI.



Kongsi:

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Search This Blog

Powered by Blogger.