24 April 2025 | Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah kepada Dr. Nor Anita binti Mat Isa kerana terpilih dalam Bengkel Kerja Penyediaan Draf Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2026-2030 Program Memartabatkan Bahasa Melayu bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Bengkel tersebut dilaksanakan selama tiga hari bermula 21 hingga 23 April 2025.
TAHNIAH KEPADA ENCIK MOHD SUFIAN BIN ISMAIL, PUAN NOR ANIS IZZATI BINTI MUHAMMAD SAHLAN DAN CIK NOR AZIMAH BINTI ARIFFIN
24 April 2025 | Jabatan Pengajian Melayu merakamkan tahniah kepada Encik Mohd Sufian bin Ismail, Puan Nor Anis Izzati binti Muhammad Sahlan dan Cik Nor Azimah binti Ariffin kerana telah dilantik sebagai penceramah Bengkel Latihan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) khusus untuk guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Bengkel ini merupakan usaha berterusan dalam menyokong Inisiatif #108: Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu, seiring aspirasi memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komunikasi utama dalam sistem pendidikan negara.
TAHNIAH KEPADA ENCIK MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK
22 April 2025 | Jabatan Pengajian Melayu merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak telah menerima kenaikan pangkat DG12 (KUP) atas komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang ditunjukkan dalam bidang tugas hakiki beliau. Kenaikan pangkat ini bukan sahaja satu bentuk pengiktirafan, malah menjadi inspirasi kepada semua untuk terus menabur bakti dengan lebih cemerlang demi memartabatkan profesion perguruan.
KARNIVAL SASTERA KANAK-KANAK TAHUN 2025
18 Mei 2025 | Jabatan Pengajian Melayu telah menganjurkan Karnival Sastera Kanak-Kanak Tahun 2025 yang telah dikelolakan oleh para pelajar BMMB3283 Kesusasteraan Kanak-Kanak dalam Pendidikan Bahasa Melayu dan BMMB3243 Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Sebanyak dua pementasan teater telah dipertontonkan kepada semua hadirin yang bertempat di Dewan Seri Tanjung IPG Kampus Ipoh. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainudin, Ketua Jabatan Pengajian Melayu mewakili Dr. Pengarah IPG Kampus Ipoh. Tahniah juga diucapkan kepada Puan Fadzilah binti Abdul Rahim selaku pensyarah pembimbing yang telah berjaya memastikan karnival berjalan dengan lancar.
SEKOLAH PENGAJAR IPG KAMPUS IPOH : SK KUAK HULU, PENGKALAN HULU
10 April 2025 | Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah mengadakan Lawatan Perbincangan Kolaboratif ke SK Kuak Hulu, salah satu sekolah yang terpilih sebagai Sekolah Pengajar IPGKI. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong dan memperkukuh kualiti pedagogi dan profesionalisme guru melalui jaringan kolaboratif antara IPG dan sekolah. Pembentangan utama dimulakan oleh Dr. Murniza binti Muhamad, Timbalan Pengarah IPGKI yang memberikan pengenalan mengenai konsep Sekolah Pengajar serta peranan penting IPG dalam membimbing sekolah rakan strategik. Dr. Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi turut berkongsi inisiatif MBMMBI melalui program Poetry in Motion dan Citra Jawi sebagai usaha memperkukuh penguasaan bahasa murid. Antara perkongsian yang paling mencuri tumpuan ialah oleh Dr. Hjh. Nor Aziah binti Abdul Aziz, yang membentangkan secara mendalam berkenaan Pembelajaran Terbeza. Beliau menerangkan dengan jelas 5 prinsip utama pembelajaran terbeza serta 4 elemen penting yang menjadi teras dalam merancang pengajaran yang memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Perkongsian ini telah memberi manfaat yang besar kepada semua warga sekolah. Encik Abdul Aziz bin Shamsuddin dan Encik Mustafa Kamal bin Alias membentangkan pendekatan KPPB (Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna) yang menekankan pembelajaran aktif, reflektif dan kolaboratif.