1 Mac 2025 | Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh dengan penuh rasa bangga telah menganjurkan Program Bicara Ilmu Bahasa dan Kesusteraan Klasik: Satu Realiti di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh, Dr. Haji Mohd Taufik bin Haji Ahmed. Program ini dijalankan dengan penglibatan seramai 213 orang pelajar unit X bermula pada pukul 9.00 pagi hingga selesai. Terdapat 6 slot yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu sendiri yang bertemakan sastera dan bahasa. Program ini juga turut diserikan dengan 3 persembahan daripada pelajar unit X yang dipimpin oleh Pn Fadzilah binti Abdul Rahim daripada Jabatan Pengajian Melayu Ahli Jawatankuasa Program Bicara Ilmu Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Klasik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir atas sokongan dan sambutan yang sangat menggalakkan. Penghargaan khas turut diberikan kepada Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Dr. Nazri bin Zainudin atas bimbingan, tunjuk ajar, serta dedikasi dalam memastikan kejayaan penganjuran program ini. Semoga program seperti ini dapat menjadi platform untuk memartabatkan bahasa Melayu klasik dan meneguhkan jati diri bangsa dalam kalangan warga IPG Kampus Ipoh.
BENGKEL ASAS SERAMIK ANJURAN JABATAN SAINS SOSIAL IPG KAMPUS IPOH
20 Februari 2025 | Tahniah diucapkan kepada Puan Nor Anis Izzati binti Muhamad Sahlan dan Cik Nor Azimah binti Ariffin kerana telah terpilih untuk menyertai bengkel tersebut.
BENGKEL PEMBELAJARAN TERBEZA DAN PEDAGOGI MELANGKAU ABAD KE-21 PERINGKAT IPG KAMPUS IPOH TAHUN 2025
17 Februari 2025 | Tahniah diucapkan kepada Dr. Hajah Nor Aziah binti Abd Aziz kerana telah dilantik sebagai penceramah dalam Bengkel Pembelajaran Terbeza dan Pedagogi Melangkau Abad Ke-21 Peringkat IPG Kampus Ipoh di Bilik Bestari.
PASUKAN AUDITOR SISTEM PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN (EOMS) ISO21001:2018
13 Februari 2025 | Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Dr. Hajah Nor Aziah binti Abdul Aziz, Dr. Nor Anita binti Mat Isa dan Puan Rozita binti Haji Omar kerana telah dilantik sebagai Auditor EOMS ISO21001:2018 IPG Kampus Ipoh. Pihak JPM juga mengucapkan tahniah kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak kerana telah dilantik sebagai Ketua Auditor EOMS ISO21001:2018 IPG Kampus Ipoh.
PENCERAMAH BENGKEL PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR)
15 Februari 2025 | Tahniah diucapkan kepada Puan Fadzilah binti Abdul Rahim kerana telah dilantik sebagai penceramah Bengkel Pendidikan Keselamtan Jalan Raya (PKJR) kepada semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2021-Julai 2025.
BENGKEL PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR)
15 Februari 2025 | Jabatan Pengajian Melayu diberi tanggungjawab untuk mengadakan Bengkel Pendidikan Keselamtan Jalan Raya (PKJR) kepada semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2021-Julai 2025.
BENGKEL TRAINING OF TRAINNER (ToT) PROGRAM TRANSFORMASI MINDA PERINGKAT IPGM
13 Februari 2025 | Tahniah diucapkan kepada Puan Nor Anis Izzati bin Muhamad Sahlan kerana telah terpilih untuk menghadiri Bengkel ToT Program Transformasi Minda Peringkat IPGM Tahun 2025 pada 12 dan 13 Februari 2025 bertempat di SSTP JPN Pulau Pinang.
PENCERAMAH PROGRAM TRNSFORMASI MINDA TAHUN 2025
14 Februari 2025 | Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak kerana telah dijemput sebagai penceramah Program Transformasi Minda kepada para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2021-Julai 2025. Beliau telah menyampaikan perkongsian ilmu yang bertajuk Pengurusan Integriti dan Keselamatan.
PENGHARGAAN IPG KAMPUS IPOH KEPADA PANEL PENILAI SHOWCASE KPPB-DLO SEMESTER OGOS-DISEMBER 2024
7 Februari 2025 | Tahniah diucapkan kepada Puan Fadzilah binti Abdul Rahim dan Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak kerana telah menerima sijil penghargaan daripada IPG Kampus Ipoh sebagai Panel Penilai Showcase KPPB-DLO Semester Ogos-Disember 2024.
PENCERAMAH PROGRAM EKOSISTEM SEKOLAH PERINGKAT IPG KAMPUS IPOH
5 Februari 2025 | Tahniah diucapkan kepada Cik Nor Azimah binti Ariffin kerana telah menyampaikan ceramah yang bertajuk DSKP, Penulisan Rancangan Pengajaran Mingguan dan Rancangan Pengajaran Harian dalam Program Ekosistem Sekolah kepada para pelajar Porgram Ijazah sarjana Muda Perguruan (Bahasa Melayu Sekolah Rendah) di Dewan Seri tanjung, IPGK Ipoh.












