15 Januari 2025 | Warga Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin kerana telah dilantik sebagai ketua jabatan yang baharu berkuat kuasa 15 Januari 2025. Semoga jabatan lebih cemerlang lebih cemerlang di bawah pimpinan beliau.
SHOWCASE KPPB SEMESTER OGOS-DISEMBER 2024 PERINGKAT IPGM KAMPUS IPOH
8 Januari 2025 | Tahniah diucapkan kepada kumpulan siswa guru BMMB3152 dan BMMB3163 yang mewakili Jabatan Pengajian Melayu dalam Showcase KPPB Semester Ogos-Disember 2024. Kumpulan ini telah dibimbing oleh Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak dan Puan Fadzilah binti Abdul Rahim. Big Idea yang digarap ialah 'Membudayakan Fasih Digital Melalui Penyelidikan Pendidikan Yang Berimpak Tinggi'.
6 Januari 2025 | Warga Jabatan Pengajian Melayu ingin merakamkan ucapan selamat bersara kepada Encik Ahmad Jihadi bin Abu Samah, Pensyarah Akademik, Jabatan Pengajian Melayu. Semoga Encik Ahmad Jihadi bin Abu Samah diberi kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan serta berbahagia bersama dengan keluarga tercinta.