INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

  • ;
  • ;
IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-68 || MALAYSIA MADANI : RAKYAT DISANTUNI

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA PENSYARAH-PENSYARAH BAHARU

 30 Mei 2024 | Jabatan Pengajian Melayu mengalu-alukan kehadiran Encik Mohamad Akhirudeen bin Yahaya dan Puan Wan Rohaya binti Wan Hashim sebagai pensyarah baharu di jabatan ini. Selamat menjalankan tugas.



Kongsi:

CDL HANDS-ON ONLINE SESSION NEGERI SEMBILAN SIRI 46

23 Mei 2024 | Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak atas jemputan sebagai penceramah dalam CDL Hands-On Online Session Negeri Sembilan (Siri 46). Beliau telah membentangkan mengenai Keintelektualisme dalam Endoi.




Kongsi:

BENGKEL PEMANTAPAN BAHASA MELAYU

 20 - 22 Mei 2024 | Bengkel Pemantapan Bahasa Melayu telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor. Bengkel yang berlangsung selama dua hari tersebut melibatkan murid-murid dan guru-guru sekolah tersebut. Bengkel tersebut juga adalah sebahagian daripada program sekolah pengajar (teaching school) yang telah dilangsungkan oleh Dr. Rektor IPGM. Program Saya Suka Baca (SASUBA) telah dilaksanakan kepada murid-murid tahap 1 dan program mari mengarang pula dilaksanakan kepada murid-murid tahap 2. Guru-guru pula melibatkan diri dalam penataran pelaksanaan program pascasiswazah, program teaching school, program TS25, program pedagogi terbeza dan merungkai DSKP.



Kongsi:

SELAMAT BERSARA DR. HASNAH BINTI AWANG

17 Mei 2024 | Majlis Santunan Budi sempena persaraan Dr. Hasnah binti Awang, Penolong Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Tanjung IPGM Kampus Ipoh. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ybrs. Dr. Haji Mohd Taufik bin Haji Ahmed, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Ipoh. Majlis tersebut juga diadakan serentak dengn Perhimpunan Organisasi Bulan Mei 2024 dan sambutan hari guru peringkat IPGM Kampus Ipoh.



Kongsi:

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Search This Blog

Powered by Blogger.