• ;
  • ;
IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SALAM AIDILADHA 1446H/2025M

WACANA PROFESIONAL : KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU (KSBM) SIRI 3/2024

 13 Disember 2024 | Wacan Profesional : Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) Siri 3/2024 telah berlangsung di Dewan Seri Melati IPGM Kampus Ipoh yang dipengerusikan oleh Dr. Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi, Pensyarah Akademik Jabatan Pengajian Melayu IPGMK Ipoh. Wacana tersebut telah dilangsungkan oleh Tuan Haji Khairulanuar bin Ismail, Pensyarah Akademik Jabatan Pengajian Melayu IPGMK Ipoh. 



Kongsi:

CDL HANDS-ON IPG SIRI 68

13 Disember 2024 | Tahniah diucapkan kepada Encik Mohamad Akheruddin bin Yahaya kerana telah mengambil bahagian sebagai penceramah bagi program CDL Hands-On IPG Siri 68. Tajuk pembentangan beliau ialah Rensensi Buku : Habuk Bintang oleh Kamil Naim. 



Kongsi:

SELAMAT BERSARA ENCIK SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

 11 Disember 2024 | Warga Jabatan Pengajian Melayu ingin merakamkan ucapan selamat bersara kepada Encik Shamsudin bin Abu Bakar, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu. Warga Jabatan Pengajian Melayu memohon ampun dan maaf dan terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Semoga Encik Shamsudin bin Abu Bakar diberi kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan serta berbahagia bersama dengan keluarga tercinta.



Kongsi:

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA DR. HAMIDAH BINTI SAMSUDIN

4 Disember 2024 | Warga Jabatan Pengajian Melayu ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Yang Berusaha Dr. Hamidah binti Samsudin, Pengarah IPGM Kampus Ipoh yang baharu. Semoga IPGM Kampus Ipoh terus cemerlang di bawah pengurusan Yang Berusaha Dr. Pengarah.



Kongsi:

PASUKAN PEMERIKSA KAJIAN PENANDAARASAN ANTARABANGSA SEA-PLM TAHUN 2024

28 November 2024 | Tahniah diucapkan kepada Dr. Hajah Nor Aziah binti Abdul Aziz, Puan Rozita binti Haji Omar, Puan Nor Anis Izzati binti Muhamad Sahlan dan Puan Wan Rohaya binti Wan Hashim kerana telah dilantik sebagai Pasukan Pemeriksa Kajian Penandaarasan Antarabangsa SEA-PLM Tahun 2024 yang telah dianjurkan oleh EPRD KPM. Pemeriksaan tersebut telah diadakan bermula 18 hingga 28 November 2024 bertempat di Hotel Oakwood Residence, Kuala Lumpur.



Kongsi:

ENCIK NOOR AZNI BIN YAHYA KEMBALI KERAHMATULLAH

 14 November 2024 | Seluruh warga Jabatan Pengajian Melayu telah menerima perkhabaran duka tentang Encik Noor Azni bin Yahya, mantan pensyarah akademik telah kembali menemui Pencipta-Nya tepat jam 3.00 pagi di Hospital Kuantan. Allahyarham telah bersara pada 22 September 2024. Namun begitu, Allah S.W.T lagi menyayanginya. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Aamiin.



Kongsi:

SEDUTAN PETIKAN YB MENTERI PENDIDIKAN DALAM ISTIADAT KONVOKESYEN IPG KPM KE-14 TAHUN 2024

10 November 2024 | Sedutan petikan ucapan perasmian YB Menteri Pendidikan dalam Istiadat Konvokesyen IPG KPM Kali Ke-14 Tahun 2024 di PICC, Putrajaya.





 

Kongsi:

FESTIVAL BAHASA DAN SASTERA MELAYU PERINGKAT IPGM ZON UTARA


17 Oktober 2024 | Tahniah kepada Muhammad Iskandar bin Fadzlee dari Unit B5 yang menerima Saguhati dalam pertandingan Mendendangkan Syair Irama Mayang. Manakala, Muhammad Alif Nabil bin Raman yang juga memperoleh Saguhati dalam pertandingan Menyanyikan Lagu Melayu Asli.

Pencapaian ini memupuk semangat cinta akan seni dan warisan budaya Melayu. Syabas atas usaha dan dedikasi mereka!




Kongsi:

FESTIVAL BAHASA DAN SASTERA MELAYU PERINGKAT IPGM ZON UTARA

 17 Oktober 2024 | Tahniah diucapkan kepada:

Muhammad Aiman Farhan bin Muhd Suhaizat dari Unit A2 yang telah dinobatkan sebagai Johan Petah Bicara. Yamin Hussaini bin Yusop dari Unit B5 yang meraih Naib Johan Mendeklamasikan Sajak Karya Baha Zain. Muhammad Iskandar bin Fadzlee dari Unit B5 yang meraih saguhati Melagukan Syair Irama Mayang. Muhammad Alif Nabil bin Raman dari Unit B5 yang meraih saguhati Lagu Melayu Asli : Umpan Jinak Di Air Tenang. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berkarya dan memartabatkan bahasa dan sastera Melayu. Kejayaan mereka di festival ini membuktikan ketangkasan berbahasa dan bakat seni sastera yang cemerlang. Syabas!







Kongsi:

PERTANDINGAN INOVASI TVET KEBANGSAAN TAHUN 2024 (PERISA 24)

8 hingga 10 Oktober 2024 | Tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan (Perisa 24) 2024 anjuran PolyCC Zon Utara! Berikut adalah pencapaian kumpulan yang memenangi anugerah dalam pertandingan ini:

Anugerah Perak : Kumpulan Kembara Tatapemeri (Pensyarah Pembimbing : Dr. Nor Anita binti Mat Isa)

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih semua peserta dan bimbingan berterusan daripada para pensyarah. Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi untuk lebih banyak inovasi pada masa hadapan.



Kongsi:

PERTANDINGAN INOVASI TVET KEBANGSAAN TAHUN 2024 (PERISA 24)


8 hingga 10 Oktober 2024 | Tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan (Perisa 24) 2024 anjuran PolyCC Zon Utara! Berikut adalah pencapaian kumpulan yang memenangi anugerah dalam pertandingan ini:

Anugerah Perak : Kumpulan Dam Suka Bubu (Pensyarah Pembimbing : Puan Fadzilah binti Abdul Rahim)

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih semua peserta dan bimbingan berterusan daripada para pensyarah. Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi untuk lebih banyak inovasi pada masa hadapan.



Kongsi:

PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN TAHUN 2024

6 Oktober 2024 : Program Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 telah berlangsung dengan meriah di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak. Majlis pelancaran program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Seramai 270 pelajar dari IPGM Kampus Ipoh turut menyertai program ini, diiringi oleh tiga pensyarah pengiring dan Timbalan Pengarah IPGM Kampus Ipoh. Program ini bertujuan untuk memupuk kecintaan terhadap bahasa kebangsaan serta memperkukuhkan penghayatan bahasa dalam kalangan pelajar dan masyarakat.



Kongsi:

PELANTIKAN SEBAGAI JURI NILAM PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2024

 3 Oktober 2024 | Pihak pengurusan dan warga IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Encik Ahmad Masdil Fazli bin Mohamed (pensyarah Jabatan Bahasa) dan Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (pensyarah Jabatan Pengajian Melayu) kerana telah dilantik sebagai juri NILAM peringkat negeri Perak 2024. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi impak yang besar kepada peserta NILAM dan warga Jabatan Pendidikan Negeri Perak.



Kongsi:

SELAMAT BERSARA ENCIK NOOR AZNI BIN YAHYA

 20 September 2024 | Jabatan Pengajian Melayu telah meraikan Majlis Santunan Budi khas untuk Encik Noor Azni bin Yahya, Pensyarah Kanan yang telah menamatkan kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Seri Tanjung IPGM Kampus Ipoh yang turut dihadiri oleh Yang Berusaha Dr. Yusminah binti Mohd Yusof, Pengarah IPGM Kampus Ipoh, Yang Berusaha Dr. Haji Mohd Taufik bin Haji Ahmed, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Ipoh, semua warga IPGM Kampus Ipoh. Majlis tersebut juga turut diraikan oleh ahli keluarga beliau.



Kongsi:

PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI DAN SEMARAK HARI MALAYSIA

 15 September 2024 | Seramai 27 orang guru pelatih dari unit B2, B3 dan B15 telah menyertai Program Jiwa Komuniti Madani dan Semarak Hari Malaysia peringkat negeri Perak di Perpustakaan Desa Bandar Baru Putra, Bercham. Mereka mempamerkan inovasi yang dihasilkan, instruktor senam robik dan peserta beberapa aktiviti yang dilaksanakan. Pensyarah pengiring ialah daripada Jabatan Pengajian Melayu iaitu Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin dan Pn. Nor Anis Izzati binti Mohd Sahlan. Semoga penglibatan ini dapat memberi pengalaman baharu dan bermakna kepada siswa guru.




Kongsi:

PENULIS BUKU BIOGRAFI PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

 13 September 2024 | Tahniah dan syabas diucapkan kepada 4 orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu iaitu Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, En. Ahmad Jihadi bin Abu Samah, En. Mohd Sufian bin Ismail dan En. Mohd Akhirudeen bin Yahaya kerana dipilih menjadi barisan penulis buku Biografi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak iaitu Dato' Mohamad Fauzi bin Mahson. Pelancaran buku biografi tersebut diadakan di Hotel Casuarina, Meru, Ipoh sempena majlis persaraan Dato' Mohamad Fauzi bin Mahson.



Kongsi:

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK KEMERDEKAAN

 11 September 2024 |Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Melayu) kerana dipilih sebagai juri sempena Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan. Pertandingan tersebut diadakan di Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh. Para peserta terdiri daripada pelbagai kaum dan opsyen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Muzik.






Kongsi:

NAIB JOHAN PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-14/2024

7 September 2024 | Tahniah diucapkan kepada Pasukan IPGMK Ipoh (B) kerana telah merangkul gelaran Naib Johan Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan Kali Ke-14 yang telah berlangsung pada 5 September 2024 bertempat di Dewan Seri Tanjung IPGMK Ipoh. Pasukan tersebut telah membawa pulang wang tunai RM3000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Pertandingan tersebut yang bertemakan Bahasaku Dijulang, Negaraku Terbilang telah mengangkat Saudara Izmirhafirul bin Halimi sebagai panel forum terbaik yang membawa pulang wang tunai RM500.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Pasukan tersebut di bawah bimbingan Cik Nor Azimah binti Ariffin, pensyarah akademik Jabatan Pengajian Melayu IPGMK Ipoh.




Kongsi:

PANORAMA PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-14/2024

 5 September 2024 : Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak telah berjaya dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Ipoh dengan kerjasama pihak IPGM, Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pertandingan ini diadakan pada 12 hingga 5 September 2024 dengan penyertaan seramai 31 pasukan. Pusingan Awal dilaksanakan pada 12-14 Ogos 2024 secara dalam talian. Sebanyak 16 pasukan layak ke pusingan suku akhir dan 8 pasukan berentap di pusingan separuh akhir pada 4 September 2024 di IPGM Kampus Ipoh. Daripada 8 pasukan tersebut, 3 pasukan yang memperoleh markah tertinggi melayakkan diri ke pusingan akhir. IPGM Kampus Rajang, Sarawak berjaya dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Kali ke-14,2024 dan membawa pulang Piala Pusingan, wang tunai sebanyak RM4000.00 dan hadiah iringan. IPGM Kampus Ipoh memperoleh Naib Johan dengan hadiah wang tunai sebanyak RM3000.00 manakala IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka mendapat tempat ketiga dan memperolah hadiah wang tunai sebanyak RM2000.00. Pengerusi terbaik dalam pertandingan kali ini ialah saudara Linvern Paulus Sendys dari IPG Kampus Rajang manakala panel terbaik ialah saudara Izmirhafirul bin Halimi dari IPGM Kampus Ipoh. Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM500.00. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.





Kongsi:

PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

15 Ogos 2024 | Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak dan Dr. Nor Anita binti Mat Isa kerana telah berjaya disenaraikan dalam pembentangan penyelidikan pendidikan di Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru Zon Selatan pada 20 dan 21 Ogos 2024 bertempat di English Language Trainning Centre (ELTC).



Kongsi:

SELAMAT BERJUANG KEPADA PASUKAN-PASUKAN FORUM IPGMK IPOH DALAM PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-14/2024

12-14 Ogos 2024 | Selamat berjuang kepada IPGKI (A), IPGKI (B) dan IPGKI (C) dalam Pertandingan Forum Piala Menteri Perak Peringkat Kebangsaan Kali Ke-14/2024 yang bertemakan "Bahasa Dijulang, Negara Terbilang". Ketiga-tiga pasukan tersebut akan bertanding di peringkat saringan sebelum mara ke peringkat suku, separuh dan akhir. Semoga beroleh kejayaan. Ketiga-tiga pasukan tersebut di bawah bimbingan Cik Nor Azimah binti Ariffin.




Kongsi:

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG IPGM KAMPUS IPOH TAHUN 2024

12 Ogos 2024 | Setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Noor Azni bin Yahya yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023. Sijil penghargaan ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Yazid bin Abdul Manap, Timbalan Rektor, Pusat Pembangunan Latihan, Institut Pendidikan Guru Malaysia, sebagai pengiktirafan atas pencapaian cemerlang mereka. Semoga penghargaan ini menjadi motivasi untuk terus memberikan sumbangan yang bernilai dalam dunia pendidikan dan akademik. 



Kongsi:

ANUGERAH KHAS PERKHIDMATAN KECEMERLANGAN IPGM KAMPUS IPOH TAHUN 2023

 12 Ogos 2024 | Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak atas penganugerahan Anugerah Khas Pengarah Tahun 2024. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong serta memberikan motivasi, semangat, dan iltizam yang tinggi untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dan berdedikasi.



Kongsi:

PENERBITAN SAJAK 'CITRA SEORANG GURU'

 8 OGos 2024 | Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak kerana sajak hasil ciptaan beliau yang bertajuk 'Citra Seorang Guru' telah diterbitkan dalam Antologi Puisi Guru Malaysia terbitan Persatuan Penulis Johor. 



Kongsi:

#CAKNA BAHASA : SHOWCASE KPPB PERINGKAT IPGM KAMPUS IPOH SEMESTER JUN-JULAI 2024

 9 Ogos 2024 | Tahniah diucapkan kepada Cik Nor Azimah binti Ariffin, pensyarah kursus BMMB1144 Kesantunan Berbahasa kerana mewakili jabatan dalam pembentangan KPPB. Selamat membentang kepada para siswa guru BMMB1144 dalam showcase KPPB peringkat IPGMK Ipoh.  BMMB1144 Kesantunan Berbahasa bergerak secara standalone dengan mengemukakan idea utamanya iaitu  PEMBUDAYAAN KESANTUNAN BERBAHASA MELAHIRKAN PELAJAR BERSAHSIAH MADANI.


Kongsi:

PENERBITAN JURNAL BERIMPAK TINGGI

1 Ogos 2024 | Penerbitan jurnal berimpak tinggi dalam kategori Scopus Q1 dan Q2 oleh pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Ipoh adalah seperti berikut :

Dr. Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi
1. "Prosedur ATLAS.ti Bersistematik; Pembinaan Kata Kunci Utama" - Q2
2. "Model of Teaching Malay Language to Non-Native and Foreign Speaker" - Q1

Encik Mohd Sufian bin Ismail
1. "Prosedur ATLAS.ti Bersistematik; Pembinaan Kata Kunci Utama" - Q2



Kongsi:

#CAKNA BAHASA : PAMERAN DAN JUALAN PRODUK SRIKANDI BERSENI

 22 Julai 2024 | Pihak pengurusan dan warga IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada para pelajar KSMK3103 Kesenian Melayu kerana berjaya mengadakan Pameran dan Jualan Srikandi Berseni di Foyer Seri Budiman. Mereka telah mempamerkan hasil karya yang berasaskan kain batik dengan menghasilkan tudung saji, alas meja, bekas pensil dan bingkai gambar. Mereka berjaya menghasilkan hasil karya dengan kreatif dan imaginatif. Malah, mereka juga mampu menarik minat pengunjung yang hadir untuk membeli hasil karya mereka.



Kongsi:

#SAHABAT BAHASA : PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN SEMPENA KARNIVAL BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU

 21 Julai 2024 | Pertandingan berbalas pantun antara guru pelatih major Bahasa Melayu dan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dalam Karnival Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu.



Kongsi:

#CAKNA BAHASA : MALAM KEBUDAYAAN DAN KESANTUNAN BAHASA SEMPENA KARNIVAL BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU

 20 Julai 2024 | Tahniah dan syabas diucapkan kepada pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dan guru pelatih major Bahasa Melayu kerana berjaya melaksanakan malam kebudayaan. Pembelajaran aspek seni bahasa dijelmakan dalam malam kebudayaan sempena Karnival Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Para pelajar teras Bahasa Melayu telah menunjukkan bakat masing-masing dalam nyanyian, lakonan, bercerita dan berpuisi melalui persembahan yang kreatif, imaginatif dan energetik.



Kongsi:

#CAKNA BAHASA : PERTANDINGAN PIDATO SEMPENA KARNIVAL BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU

 20 Julai 2024 | Kemahiran mendengar, bertutur dan membaca dalam pertandingan pidato sempena Karnival Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Tahniah kepada semua pemidato natif dan bukan natif dalam usaha berpidato. Kompetensi 6C berjaya digarap dalam karnival ini.



Kongsi:

#CAKNA BAHASA : SUKANEKA SEMPENA KARNIVAL BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU

 20 Julai 2024 | Tahniah dan syabas diucapkan kepada pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dan guru pelatih major Bahasa Melayu yang terlibat dalam sukaneka sempena Karnival Bahasa, Sastera dan Bahasa Melayu. Pelaksanaan sukaneka ini dapat mengaplikasikan kemahiran mendengar dan pembelajaran didik hibur melalui permainan dalam aktiviti sukaneka sempena Karnival Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Para pelajar teras Bahasa Melayu berjaya melaksanakannya seperti yang dirancang.



Kongsi:

#SAHABAT BAHASA : LATIHAN DALAM KUMPULAN KARNIVAL BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU

 19 Julai 2024 | Tahniah dan syabas diucapkan kepada pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dan guru pelatih major Bahasa Melayu kerana menjayakan Malam Karnival Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Program malam tersebut menerapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan aspek seni bahasa dalam aktiviti latihan dalam kumpulan.




Kongsi:

#SAHABAT BAHASA : TEORI DAN PRAKTIKAL SENI TARI DI SEKOLAH SENI MALAYSIA PERAK

 18 Julai 2024 | Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar KSMK3103 Kesenian Melayu mempelajari teori dan praktikal seni tari di Sekolah Seni Malaysia Perak. Mereka dibimbing oleh guru-guru seni tari dalam tarian zapin, tarian inang, dan tarian rampai. Pensyarah pengiring termasuklah Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Dr. Fadzilah bt Abdul Rahim dan En. Mohamad Akhirudeen bin Yahya. Semoga semua ilmu seni tari yang dipelajari mampu meningkatkan pengetahuan seni tari dalam tema kebudayaan, kesenian dan estetika.



Kongsi:

#CAKNA BAHASA : CONTINUING PROFESSIONAL DEVELOPMENT (CPD) JABATAN PENGAJIAN MELAYU DI SK PERPADUAN

 10 Julai 2024 | Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu kerana mengadakan Continuing Professional Development (CPD) atau Pembangunan Profesional Berterusan di SK Perpaduan. CPD yang dilaksanakan melibatkan guru-guru dan murid-murid tentang syair, pidato, pantun, dan penulisan esei. Semoga perkongsian ilmu ini memberi nilai tambah kepada guru-guru dan murid-murid di SK Perpaduan.






Kongsi:

#SAHABAT BAHASA : PROGRAM MAAL HIJRAH DI PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG TERSUSUN BATU 8 ULU KINTA

 12 Julai 2024: Tiga orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu iaitu Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak dan En. Mohamad Akhirudeen bin Yahya serta 18 orang guru pelatih telah dijemput untuk menyertai Program Maal Hijrah di Perpustakaan Desa Kg Tersusun Batu 8 Ulu Kinta. Program ini dapat mendekatkan para pensyarah dan guru pelatih dengan masyarakat. Secara tidak langsung dapat menjalinkan ukhwah dan bergaul mesra dengan masyarakat setempat.




Kongsi:

#CAKNA BAHASA : KLINIK MEMBACA SIRI 1/2024

12 Julai 2024 | Jabatan Pengajian Melayu (JPM), IPGM Kampus Ipoh telah mengadakan Klinik Membaca Siri 1/2024 di SK Sungai Rokam, Ipoh, Perak. Klinik Membaca merupakan salah satu program di bawah program Sekolah Pengajar (Teaching School). Seramai 3 orang pensyarah yang terdiri daripada iaitu Dr. Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi (Penyelaras Program Sekolah Pengajar), Puan Nor Anis Izzati binti Muhamad Sahlan (Penyelaras Klinik Membaca), Puan Wan Rohaya binti Wan Hashim (Pensyarah Pengiring) dan seramai 13 orang pelajar dari Unit W menghadiri program tersebut. Kumpulan sasaran melibatkan seramai 51 orang murid yang terdiri daripada murid tahap 1. Objektif program Klinik Membaca untuk memberikan khidmat bantu kepada para guru bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid tahap 1 di SK Sungai Rokam. Selain itu, program ini diharapkan dapat membantu memupuk minat membaca dalam kalangan murid pemulihan.



Kongsi:

MASA ITU EMAS

SALAM 1 MUHARAM 1447H/27 JUN 2025

SALAM 1 MUHARAM 1447H/27 JUN 2025

FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KE-15, TAHUN 2025

FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KE-15, TAHUN 2025
KLIK PADA GAMBAR

PENGUNJUNG

GALERI SASTERAWAN NEGARA

GALERI SASTERAWAN NEGARA
KLIK PADA GAMBAR

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

ARKIB

Search This Blog

Powered by Blogger.