• ;
  • ;
IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA || IPG KAMPUS IPOH : INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS || SALAM AIDILADHA 1446H/2025M

01 MAC 2021 || BENGKEL PENULISAN SURAT RASMI DAN MEMO

Satu bengkel penulisan surat rasmi dan memo telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh kepada staf sokongan pada 01 Mac 2021. Bengkel ini telah dihadiri oleh staf sokongan dan pengurusan IPG Kampus Ipoh bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Ceramah dan bengkel dikendalikan oleh pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu iaitu Pn Noorliza bt Abdullah, Pn Hjh Nur Azah bt Ahmad dan Pn Rozita bt Hj Omar.Yang Berusaha Tuan Timbalan Pengarah juga turut sama menyertai bengkel tersebut.
Kongsi:

15 FEBRUARI 2021 || PERTANDINGAN BERCERITA DALAM TALIAN

Jabatan Pengajian Melayu dan Jawatankuasa Kebudayaan dan Keseniaan IPG Kampus Ipoh bersama Perpustakaan Desa Taman Klebang Jaya, Ipoh akan menganjurkan satu pertandingan bercerita secara dalam talian bermula pada 15 Februari sehingga 28 Februari 2021. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Major Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh.
Kongsi:

11 FEBRUARI 2021 || TAKLIMAT PRAKTIKUM PENSYARAH PENYELIA

Satu taklimat berkaitan dengan praktikum telah diadakan untuk pensyarah-pensyarah yang terlibat dengan praktikum pada semester ini. Taklimat telah disampaikan oleh Unit Praktikum dan dibantu oleh pensyarah daripada Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA)> Taklimat yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu berakhir pada pukul 1 tengah hari.
Kongsi:

10 FEBRUARI 2021 || MESYUARAT JPM BIL 2/2021

Mesyuarat Jabatan Pengajian Melayu Bil 2 / 20201 telah diadaka pada tarikh 10 Februari 2021 (Rabu) bermula pada pukul 3.00 petang.Mesyuarat telah dihadiri oleh semua pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Google Meet.
Kongsi:

08 FEBRUARI 2021 || TAKLIMAT PRAKTIKUM PELAJAR MAJOR BAHASA MELAYU UNIT T

Satu taklimat berkaitan praktikum telah diadakan kepada pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 Major Bahasa Melayu pada 8hb Februari hingga 10hb Februari 2021.Taklimat telah dianjurkan oleh Unit Praktikum dan seramai 140 orang pelajar Major Bahasa Melayu unit T telah mengikuti taklimat ini dengan jayanya. Tuan Hj Rani selaku penyelaras Praktikum Jabatan Pengajian Melayu juga telah menyampaikan taklimat berkaitan praktikum kepada pelajar Major Bahasa Melayu. Taklimat dilaksanakan menggunakan medium Microsoft Team.
Kongsi:

01 FEBRUARI 2021 || PERTANDINGAN ULASAN BUKU DALAM TALIAN

Satu pertandingan ulasan buku secara dalam talian akan dianjurkan bersama oleh Perpustakaan Desa Kg Dato' Ahmad Said Tambahan 2 dan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Major Pengajian Melayu dan akan berlangsung dari 01 Februari sehingga 15 Februari. Hadiah wang tunai menanti pemenang pertandingan.
Kongsi:

MASA ITU EMAS

SALAM 1 MUHARAM 1447H/27 JUN 2025

SALAM 1 MUHARAM 1447H/27 JUN 2025

FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KE-15, TAHUN 2025

FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KE-15, TAHUN 2025
KLIK PADA GAMBAR

PENGUNJUNG

GALERI SASTERAWAN NEGARA

GALERI SASTERAWAN NEGARA
KLIK PADA GAMBAR

LAPORAN TAHUNAN JABATAN

BERITA TERKINI

Admin JPM

Admin JPM
Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak

Search This Blog

Powered by Blogger.