Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik 2020-2024 khususnya kepada pensyarah – pensyarah Jabatan Pengajian Melayu bertempat di Bilik Dahlia. Bengkel telah dikendalikan oleh En Khairul bin Ismail dan telah dihadiri oleh semua pensyarah Jabatan Pengajian Melayu. Dalam majlis yang sama, penerangan tentang Google Classroom juga telah disampaikan oleh En Zaini bin Abdul Ghani selaku penyelaras Jabatan Pembelajaran Digital Pengajian Melayu.