Jabatan Pengajian Melayu berkerjasama dengan JKJR dan MIROS telah menganjurkan Kursus Kaedah Penyerapan Ilmu Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) bertempat di Dewan Seri Melati.
Peserta kursus ialah siswa guru Unit R (Semester 7) sebagai persediaan untuk mengajar program tersebut apabila berada di sekolah nanti. Antara objektif penganjuran kursus ini ialah meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan membudayakan keselamatan jalan raya dalam kalangan siswa guru.
Aplikasi ilmu keselamatan jalan raya berdasarkan modul PJKR dalam PdPc Bahasa Melayu secara optimum. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Vignesajaran a/l Chinniah Chettiar (Pengarah JKJP Negeri Perak), Encik Ismail Mohd Noh dan Dr. Hj. Mohd Razak bin Mohd NOrdin yang merupakan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu.