Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pertamanya saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara dan saudari sekalian kerana sudi melayari laman sesawang jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh. Jabatan Pengajian Melayu merupakan antara jabatan utama di IPGM Kampus Ipoh kerana berada dalam senarai kebitaraan utama di IPGM Kampus Ipoh ini. Jabatan Pengajian Melayu mengendalikan kursus berkaitan bidang bahasa Melayu untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). JPM bertanggungjawab melahirkan pelajar-pelajar bahasa Melayu dalam era pendigitilan yang menjadi tonggak masyarakat dan medium pembangunan peradaban bangsa yang memiliki kecekapan dan kompeten sebagai guru bahasa Melayu yang cemerlang dan berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, JPM dapat melatih bakal guru yang berilmu pengetahuan dan cekap berbahasa Melayu. JPM juga berfungsi untuk memastikan pelajar dapat menguasai pedagogi Bahasa Melayu, mengaplikasikan kemahiran Bahasa Melayu Merentas Kurikulum, dan sebagai pusat rujukan pedagogi, penyelidikan serta pengembanganbahasa Melayu. Pelbagai program telah berjaya dilaksanakan oleh jabatan ini sama ada di peringkat antarabangsa ataupun di peringkat kebangsaan. Antara aktiviti utama di peringkat antarabangsa ialah Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu yang dianjur bersama-sama dengan Universiti Putra Malaysia, Universitas Muhammadiyyah Sumatera Utara, dan Gothe University, Frankfurt. Selain itu, penganjuran Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak kini telah berjaya dilaksanakan sebanyak lapan kali. Semoga hasrat jabatan Pengajian Melayu, IPGKI akan menjadikan bahasa dan Sastera Melayu terus berkembang pesat dapat dilaksanakan sebagaimana zaman kecemerlangannya dulu.
Sekian, terima kasih.
Shamsudin Abu Bakar
Ketua Jabatan