05 April 2021 || BENGKEL PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL ANJURAN JABATAN PENGAJIAN MELAYU
10 MAC 2021 || KURSUS PENGURUSAN DAN PENGACARAAN MAJLIS ANJURAN JABATAN PENGAJIAN MELAYU
27 JULAI 2020 || BENGKEL PENGAJARAN TERBEZA DAN TATABAHASA MELAYU
Pada 27 Julai 2020, satu bengkel Pengajaran Terbeza telah
dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh bertempat di Hotel
Palm Bay Pulau Pangkor. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pn Hajah Nor Aziah binti Abdul Aziz dan
dibantu oleh beberapa orang pensyarah JPM. Bengkel ini Berjaya dilaksanakan
dengan baik dan menerima maklum balas yang positif daripada para peserta.
Manakala pada 18 hb Julai 2020, bengkel yang sama telah
dilaksanakan kepada para guru Sekolah Tahfiz Darul Rizduan Pulau Pangkor.
Bengkel tersebut telah di sertai oleh 30
orang guru dan berjalan dengan jayanya. Bengkel tersebut juga dikendalikan oleh
Pn Hajah Nor Aziah bt Abdul Aziz. Dalam majlis yang sama, En Zainal Ariff bin
Mat juga telah menyampaikan ceramah dan
bengkel berkaitan Tatabahasa Melayu.












